Sabtu, Mac 03, 2012

Terima kasih, tuhan. (Alhamdulillah)

Semakin hari semakin jiwa kacau.

Owh, tidak.






Bila hari aku bermula dengan wajah sugul, monyok. Ramai mula menyapa kehairanan, "Apsal muka kau lost?". Aku diam, sepanjang hari, hampir sepanjang hari. Bertutur dengan manusia lain hanyalah dengan saluran SMS. Tak mahu berkata-kata dengan serius. Aku tidak mengalami masalah kerja, mahupun kehidupan. Apatah lagi kewangan. Cuma, aku bangun tidur - kepala kosong, jiwa gelora dan kecamuk.

Bila kita susah, insan yang cuba mengembirakan kita - itulah kawan, itulah sahabat.

Bila aku dalam keadaan begini, ramai manusia cuba menggembirakan aku. Dengan lawak semberonono, cerita anak saudara jatuh longkang. Ada juga menyogok dengan sekotak rokok dan lighter.

Mereka cuma tak mahu aku senyap, dalam moody.









Barangkali, aku lupa pada sang Pencipta. Sebab itu aku ditarik satu nikmat yang amat bernilai - ketenangan jiwa.

Alhamdulillah.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

happycloud berkata...

jgn moody dan selalulah update blog anda. HAHAHA. kbai

Anna berkata...

adekah 'being in a relationship' somehow membuatkan anda berada di dlm keadaan sebegini? sudah lama tidak membaca entry yg gembira2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...