Rabu, Februari 08, 2012

Mendalami puitis seorang lelaki.

Malam ini sangatlah suram.
Entah kenapa angin kipas selaju tiga, masih tidak meredakan hangatnya bilik.

Merayau-rayau di alam maya, mencari ilmiah dan rasa, meredakan lelah seharian.




Terjumpa sebuah syair, lirikan seorang lelaki mengenai kehilangan seseorang yang pernah menjadi sebahagian hidupnya. Setiap cerita aku baca, masuk dalam hati aku. Semacam sekali lagi, mengetuk hati aku - jangan mensia-siakan insan dikelilingiku. Menanggah minda supaya menerima takdir qada dan qadar untukku.

Aku masih seorang lelaki yang masih streotaip.

Bila kehilangan orang disayangi, mahu meraban mencari cintanya semula.
Bila tiada, baru berlari hendak mencari.

Cubaan keluar dari skeptikal dan tipikal lelaki dungu.

Oh, tuhan.




PS: Di bawah pengaruh kafein lampau, mungkin.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Linlin berkata...

bila baca syair,sajak ke, susah nak faham.

kekadang tu salah faham. selalunya skip je... syair ke sajak. walaupun tahu sajak yang pendek tu sebenarnya lagi banyak isi banding dgn cerita panjang lebar.

Tanpa Nama berkata...

tips yg bg sy amat berkesan!

hargai org yg ade bersama kita dan selalu lah bersyukur pd Allah kerana ada mereka. esp ibu bapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...