Rabu, Februari 08, 2012

Kitaran SMS (apa sahaja IM), ucapan maaf dan diri sendiri.

Sila rujuk buku teks sains darjah 4, keluaran tahun 1997. (Masa itu aku darjah 4, rambut belah tepi).

Ada gambar, katak menelur. Telur itu ada dicelah-celahan pokok. Telur itu pada jangka masa tertentu, akan menjadi berudu, berudu akan menjadi binatang pra-katak. Setelah satu proses kematangan - ia menjadi katak. Dan terus, berada dalam kitaran tersebut. Menghasilkan telur untuk generasi seterusnya.

Aku nak cerita benda lain:

#1.Hantar IM.
(Tak ada balasan)

#2.Selepas beberapa jam.
(Tak ada balasan)

#3.Mula membuat andaian.
(Mungkin si penerima meletakkan HP di dalam beg, tak dengar dll.)

#4.Selepas beberapa jam.
(Ok, tak apa lah. Sibuk kot)

#5.Hantar IM yang kedua.
(Tak ada balasan)

#6.Selepas beberapa jam.
(Tak ada balasan)

#7.Mula membuat andaian - kedua.
(Mungkin si penerima punya HP sudah kehabisan bateri dll.)

#8.Kesimpulan yang pelik.
(Harap-harap si penerima dalam keadaan OK)

#9.Tengok FB.
(Ada gambar si penerima bersama HP)

#10.Andaian negatif mula bermain di fikiran.
(Kenapa si penerima tak jawab?)

#11.Andaian cubaan untuk positif.
(Mungkin terlepas pandang.)

#12.Membuat keputusan untuk tidak ambil hal.
(Alah, benda kecil je tak balas IM je pun.)

#13.Membuat hal sendiri.
(Menonton bola, berjumpa rakan-rakan, tengok wayang dll.)

#14.Dapat panggilan/SMS.
("Jom keluar?")

#15.Ditanya oleh si penerima.
("Kenapa tak tanya khabar langsung?")

#16.Berada dalam keadaan runsing.
(Dalam hati: Bukan aku dah tanya ke?)

#17.Periksa IM yang dapat sebelum ini.
("Ada!")

#18.Ucapan maaf.
("Sorry!")

#19.Ucapan maaf, sekali lagi.
("Sorry!, Sorry!")

#20.Diikuti, alasan kenapa tak balas IM.
("Macam itu, macam ini.")

#21.Respon si pemberi IM.
("OK, fine!")

#22.Ucapan maaf, berkali-kali.
(...mungkin, tidak. Mungkin diam membisu)

#23.Lepas itu, keadaan mungkin OK.
(Menerima keadaan itu.)





Keesokkan harinya, situasi ini berlaku.
Mungkin watak akan bertukar - si penerima jadi si pemberi. Si pemaaf jadi peminta maaf.

Kitaran hidup amatlah perlu, sebab itu orang kata, 'Karma is bitch'.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

a.s.m.a berkata...

kitaran yang mnarik ^^

jijie berkata...

adib. pengalaman sendiri ke? =)

happycloud berkata...

satu benda je aku terfikir baca benda ni. kekekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...