Isnin, Februari 20, 2012

Ingin meninggalkan rimba bangunan.

Sejak aku jadi warga kolar putih (balik berdaki gak pun), banyak kali aku cuba keluar dari kesibukan seharian. Paling mudah adalah tidur tak ingat dunia, pergi siram bunga, baca novel dan berjalan-jalan rumah makcik di belakang rumah.

Tapi itu sementara.

Dulu aku dibesarkan di kampung, menetap di pinggiran bandar. Tempat itu menjadi bandar, dan aku keluar dari bandar pergi ke bandar lebih besar. Menyambung belajar di ceruk pedalaman, dan kembali semula kawasan permainan - sebuah bandar. Yang dahulunya sebuah kampung. Nama masih kampung, tapi sudah menjadi bandar.




Bila aku balik kampung, tengok nenek aku masak, petik kopi, bakar sampah belakang rumah. Pagi-pagi ketuk ubi buat sarapan. Tak ada muka kerisauan pun pasal jalan sesak, jalan banyak tol, sewa rumah, pinjaman kereta, sebiji cili pun kena bayar.

Semua dalam keadaan serba rileks.

Aku menjengil di muka dapur memandang luar dapur.

Ada sepohon pokok durian, sudah tidak berbuah lagi. Ada bangsal kayu api, untuk jerang minyak dalam kawah besar.

"Nek, kalau Adib balik kampung buat rumah kat sini. Ok, tak?"

Nenek aku yang tadi menggoreng pisang, terus bagi seruan laser.

"Suruh mama kau balik dulu!"










Memang naluri orang tua, tak mahu berjauhan dengan anaknya, selagi boleh.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Nadia berkata...

huhuhu....dah lame ghupenye ako x blk kg jumpe nenek ako..~!! rindu lak kat diorg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...