Khamis, November 24, 2011

Seperkara bila bangun tidur.

Setiap orang mempunyai reaksi berbeza apabila sudah bangun tidur:

#1.Menggapai tuala.
Aku jadi begini bila aku rasa aku dah macam terlewat, tanpa melihat jam aku terus capai tuala yang aku sidai, masuk ke bilik air. Kecebur, kecebur, kecebir dan keluar baru lihat jam. Rupanya masih awal. 

#2.Melihat jam dan tarik selimut semula.
Aku akan meraba jam aku, melihat bahawa waktu aku bangun bukan dalam keadaan cemas dan getir - tarik perlahan-lahan selimut sehingga menutupi wajah. Berharap hari ini adalah hari Ahad.

#3.Bersenam.
Ini aku akan lakukan apabila semalamnya aku bersukan.

#4.Minum air kosong banyak-banyak.
Aku rasa, semalam aku kurang minum air. Dan badan aku memberi isyarat - sila minum air banyak-banyak esok hari. 




Dan...

#5.Melihat skrin telefon.
Terkebil-kebil membaca setiap kata dan tersenyum menggapai tuala, pergi ke dapur minum air sepuas hati, sambil minum melihat jam bahawa masa itu masih panjang dan bersenam secara ringan-ringan.

Apakah yang tertulis pada skrin telefon pintar itu?

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...