Aku jadi seorang 'moody', maksudnya aku dah ada mood. Bukan lagi ais batu, hati khatulistiwa, muka selebet nak kena penampar, dan jalan membongkok seperti Hunchback Notre Dome (betulkah?). Aku lebih suka rilekkan diri depan komputer, menonton berjelen-jelen Youtube, ratusan entri blog yang mempunyai gambar makanan. Lepas itu aku capai apa-apa buku depan aku, memang banyak.
Tapi sekarang, aku dah keluarkan koleksi buku komik aku - Feel 100%.
Aku rasa ini komik jiwang yang penuh dramatis. Komik ini aku ada sampai jilid 13, dan untuk pengetahuan satu jilid diperlukan satu tahun untuk disiapkan. Maksudnya, kisah cinta dalam Feel 100% memerlukan tempoh panjang, 13 tahun untuk diterjemahkan ke dalam kata-kata.
Ini semua kerana perasaan cinta (oleh pelukis itu sendiri) adalah abstrak.
Gelikah aku berkata begitu?
Kalau entri aku berbaur tema percintaan, aku sukar nak terjemahkan ke dalam entri blog.
Ada seorang kawan perempuan aku berkata, "Cuba kau tulis kisah cinta kau sendiri? Asyik tahu pasal orang lain je."
Aku memang pandai memulakan 'cerita' tapi tak tahu membina klimaks menyebabkan akan tergantung ditengah jalan cerita, dan aku kembali semula ke permulaan - memulakan cerita.
Sekali lagi, aku amat 'selfish' untuk menyelami jiwa sendiri.
Kebosanan mencipta kelainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan