Khamis, November 03, 2011

Baru aku faham kenapa orang Terengganu suka memandu laju.

Ini kali pertama aku pergi ke Pantai Timur menaiki kenderaan sendiri - sebelum ini bas ekspress je memanjang. Banyak penemuan aku jumpa disini, salah satunya bakal menjadi isi blog.

Jalan Terengganu adalah jalan terbaik untuk mencuba kereta. Bagi aku umpama litar jalan raya seperti dalam episod Top Gear. Jalan berbukit, konering yang sederhana dan tajam, lebar dan kecil - kesukaran untuk memotong lori balak adalah cabaran yang terbaik.

Atas alasan ini, kenapa bapak aku suruh tukar minyak hitam. Aku telah menukar minyak pelincir semi-sintetik, sebab itu boleh layan naik turun bukit dengan selamba. Malangnya, fuel consumption kereta aku telah menjadi tinggi. Tapi ini eksperimen yang berjaya.

Berbalik kepada jalan disini.

Disini, janganlah memandu macam duduk di Selangor - sentiasa berhati-hati kanan dan kiri. Jalan disini membenarkan 'dark side' seorang pemandu macam aku sentiasa nak berdesup je. Jalan lapang, lurus, konering cantik, memang situasi yang sesuai untuk membuat ujian kereta terhadap sistem brek, tayar dan enjin.

Penemuan aku, terpaksa tukar tayar sebab bila lalu jalan selekoh tayar belakang lari sedikit dari laluan asal, bunga dah menipis.

Aku suka keadaan disini pertama sekali adalah jalan raya.

Jadi, bila melihat sejarah kenapa banyak kemalangan ngeri boleh berlaku di negeri ini disebabkan ruang untuk memandu laju begitu besar.

Mana ada area Selangor jalan kampung lurus sejauh 167KM tanpa ada simpang, dan lampu trafik.

Ada satu jalan lagi terbaik, diantara Seremban ke Sepang.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

Nadia berkata...

tq...pasal info tayar tu(br ako tau)...hurmmm nmpknye ako pon terpaksa tukar tayar jugak...

SpitItOut berkata...

kt terengganulah de jln straight betik, di temani view pantai yg cantik, lebih2 lgi kt dpn uitm dungun tu.

C.I.S berkata...

b4 ni 3 years kot aku study kat ganu! bab jln memang setuju.tp terengganu boring! xde shopping complex.hehe..aku study dungun.

izaFiza berkata...

haha.hari2 aku dgr excident kat cni tmbh2 jalan lulus n time hujan.cuma aku perasan cni kereta agak baik hati time bg signal terus dorg bg laluan. Theee.

wani berkata...

aku rasa mang sorang je drive 80km/h (tanpa provokasi dari pemandu lain seperti isyarat lucah dsb).

itu tak kira bila dia tetiba je tutup aircond semata mata nak dengar bunyi enjin. pelik tapi benar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...