Selasa, Oktober 25, 2011

Pemilihan tajuk sesuatu entri blog.

Bila seorang blogger tahu yang dia ada blog masa hidupnya, sudah pasti akan merindui bagaimana menulis blog - secara rawak atau secara gampang sekali. Tanpa idea, cerita bagaimana pergi ke kedai mamak, perasaan bertemu si masa depan, dan bagaimana kehilangan duit wang ringgit.

Sudah menjadi blogger, maka akan terus menjadi blogger.
Seperti merokok, walaupun orang kata sudah berhenti merokok - akan orang ingat, "Mamat ini pernah hisap rokok dulu."

Peparunya sudah gelap.

Ketika aku buka komputer riba milik mak aku, aku akan terus ke folder aku sendiri, 'Adib Ye Jgn Buang' yang mengandungi episod baru Top Gear UK. Dan, aku teringatkan blog aku - idea kebosanan. Dalam kepala aku terus teringat satu tajuk, "Seekor kucing mati di pinggiran alam." Ini berdasarkan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, ada seorang lelaki berhenti tepi jalan, mengangkut seekor kucing yang telah dilanggar secara tidak sengaja oleh Myvi kaler hitam beliau. Tragik. Badan kucing itu penyek.

Tetapi, aku merasakan entri mengenai kucing mati adalah sesuatu yang menarik.

Sebelum aku pulang, yakni sebelum kejadian kucing dilanggar hingga penyek, aku lepak depan hospital KPJ dekat Seksyen 19. Makan roti nan yang mengandungi keju. Punyalah seorang kawan aku rasa kagum dengan kemampuan pemasak yang telah memberi inovasi baru untuk mengkayakan nan dengan keju. Kental. Bila aku tengok hospital, aku teringat temu janji aku dengan doktor gigi - akan melakukan pembedahan.

Tetapi, aku merasakan entri berbentuk diari, perihal aku buat tidak seronok untuk dibaca.





Aku masih ada satu cerita menarik... bagi yang menjadi subjek dalam cerita ini tak menarik.

Kan hari itu aku ada buka entri pasal seorang lelaki yang telah terluka sebab perempuan. Akhirnya, mereka putus juga. Aku telah menjadi mangsa supaya menemani lelaki selaku kawan aku, melepaskan emosinya betapa kecewanya terhadap peristiwa itu.

Tetapi, aku merasakan entri itu begitu sedih untuk dikongsi walaupun ianya agak menarik untuk dibaca perihal seterusnya.

Kejap.

Semalam, aku berjalan di ruang atas pameran hartanah di suatu tempat tengah metropolitan.

Ada seorang perempuan, tanpa memakai bra, baju jarang, nampak alur dibawahnya. Semua lelaki akan pandang dia setiap kali perempuan itu lalu kemana dia mahu lalu. Aku ikut dia, sebab aku nak tengok semua respon lelaki. Paling menarik, seorang lelaki pemberi pamplet telah terjatuh pampletnya, pak guard yang macam mengantuk telah tersedar, ada mat saleh lalu disitu buka spek mata hitam sambil bersiul nakal.

Ini menarikkah?

Menarik ke tidak, kau baca juga entri ini.
Menarik ke tidak, kau bagi komen gak entri ini.
Menarik ke tidak, kau kata blog ini tetap dihati.



Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

karenontheshore berkata...

nk bg komen gak sbb part cite perempuan braless tu yg pling menarik..hahaha tpi blog ni ttp d peparu.

N-S berkata...

sangat kool!!

happycloud berkata...

*impress dgn roti nan* LOL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...