Ahad, Oktober 30, 2011

Buat apa yang aku suka, dan aku suka.

Hidup ini amat singkat - untuk memenuhi apa yang orang lain suka, dan buat apa yang orang lain gembira. Aku sudah realisasikan bahawa betapa kita cintakan kemanusiaan sesama manusia lain dari segi percintaan, persahabatan, semangat kumpulan akhirnya kita akan kembali bertanya...

...adakah ianya berbaloi untuk kita?

Rezeki adalah ketetapan, boleh berubah disebabkan usaha. Kegigihan berusaha boleh merubah benda, sebab itu disuruh berusaha umpama akan dicabut nyawa esok, walaupun sebentar tadi malaikat Izrail sudah menjemput. Sebanyak mana harta dikaut, selimpah mana digit nombor dipaparan ATM akhirnya keberkatan dicari.

Sekarang, aku suka bertindak secara 'selfish'. Ikut apa yang aku rasa suka, dan rasa berbaloi, tidak mengejar sesuatu yang memenatkan diri, menyusahkan untuk berfikir, mengurangkan kosentrasi. Tidak, tidak, tidak.

Setiap saat, otak aku terlalu banyak berfikir akhirnya aku mengalah dengan alam sekitar.

Lalu, aku duduk terdampar melihat langit diatas (memang sekarang aku banyak mendongak langit).

...dihempas air.

...ditampar angin.

...dipukul daun berterbangan.

Dalam hati aku adalah lagi ayat sukar keluar dari mulut aku, menidakkan logik.

Memang benar kata kawan aku, muka aku memang kool tapi hati aku umpama khatulistiwa - lembap dan panas sepanjang masa, hujan tak menentu, sekejap diawal pagi, dipermulaan senja, dan dimalam dinihari. Sukar diramal, sukar ditafsir.



Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...