Khamis, Julai 07, 2011

Orang hebat datang dari keadaan yang...bosan.

Kepada diri sendiri...


Idea datang dari kebosanan. Itu yang aku seringkali ungkapkan pada akhiran sesuatu entri - kebosanan mencipta kelainan. Tahukah ayat ini ada salah dari segi tatabahasa ke atau tidak?

Tapi, bagi aku kesalahan bahasa adalah minimal berbanding mesej yang hendak di capai.

Walaupun aku seorang blogger yang jiwa kacau bilau, asyik membilang soal hati sahaja, aku juga membaca blog yang aku mampu aku katakan 'wow' dan tergelak, atau boleh juga buat aku termenung memikirkan masa depan. Adakah masa depan itu ada untuk aku, itu pun sebenarnya dari bacaan aku melalui blog.

Secara jujurnya, aku dah kurang membaca. Dulu seminggu sebuah buku, aku tak heran. Sekarang 2 bulan satu buku. Aku suka Malaysia sebab seleksi buku pilihan melambak dari Korea, penuh variasi. Bacaan aku selain buku adalah blog orang lain. Aku suka baca pandangan orang lain, pandang yang aku sifatkan jujur. Mereka menulis sebab kepuasan, bukan kerana bos di syarikat percetakan suruh menulis yang membawa keuntungan.

Rata-rata aku baca blog orang yang dahulunya adalah pelajar seperti aku, mempunyai hobi seperti aku. Kaki jalan, kaki suka jumpa orang, jenis tak suka duduk rumah, suka membaca buku pelik-pelik sehingga buku Kamasutra, menolak politik, menterjemah keadaan semasa dalam keadaan santai dan berkata bahasa Inggeris dalam keadaan bahasa Melayu seperti 'shit' adalah 'syet', 'damn' adalah 'dem'.

Penulis-penulis blog ini membesar dengan aku, dan tulisan aku hidup dengan perkembangan mereka.

Mereka juga manusia tipikal (bagi definisi aku). Habis belajar, memulakan pekerjaan dan jumpa dengan apa yang gelarkan buah hati mereka dan bakal memulakan kehidupan fantastik, dari berdua dan mempunyai anak.

Tapi penulisan mereka tak serancak kehidupan mereka.

Bila mula bekerja, mereka akan kurang menulis.

Bila dah jumpa gadis, mereka akan bercerita hal serius.

Bila dah kahwin, lagilah serius.










Ini situasi yang aku bakal hadapi, bila hari-hari menjelang.

Bila aku pulang dari tempat bekerja, aku selalu cuba merumuskan apa yang aku sudah lakukan pada diri aku. Pusing-pusing benda sama. Bila aku buka komputer riba, memang ada puluhan 'bookmark' yang aku telah siapkan pada satu link sahaja.

Tapi link paling menarik aku adalah link mempunyai nama - Dandelinoid.

Penulisnya adalah aku, aku sendiri.

Setiap hari aku pasti akan jenguk blog ini, memang hambar. Kaler hitam, pengikutnya 165 sahaja. Trafiknya dah tak lebih seribu, tapi aku membacanya - membaca kisah aku sendiri. Aku pernah tulis sejarah kehidupan aku 5 tahun lepas dan ianya amat menghiburkan, sebab bila membacanya aku rasa begitu bertenaga. Aku mampu tidur dikaki lima, bangun tengah malam tengok bola, berbasikal, mendaki bukit.

Jadi, andaikata apa yang aku tulis hari ini begitu hambar, cerita pasal isu hati je memanjang, penuh emosi menulis, tanpa humor, tiada yang membuat orang gelak - 5 tahun lagi kalau aku panjang umur membaca blog aku sendiri, baru ketika aku akan sedar yang aku orang macam gini, macam gitu masa 5 tahun yang lepas.

Tak sadis ke?





7hb tujuh 2011. 

Yang benar,

Mr.D

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

happycloud berkata...

mengimbas nostalgia nampaaaak ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...