Isnin, Mei 23, 2011

Blogger sombong dan lelaki jual mahal adalah entiti yang berbeza.

Slurp. Slurp. Slurp.

Aku dah jadi kaki minum Milo, untuk menunjukkan kesedihan sudah kehabisan stok kopi.

Memang aku tak hensem mana pun, jerawat batu pun pernah ada dimuka aku. Ditambah lagi fizikal aku yang jalan menunduk sedikit, macam gaya tak berkeyakinan dan mempunyai sepasang mata yang tidak seksi tapi kuyu menghadap jalan.

Tapi...walaupun aku tak pernah masuk jadi model REMAJA Lelaki Tampan - aku pernah di cop sebagai lelaki yang jual mahal!

Tak caya!
Tak caya!
Tak caya!


Aku rasa aku di cop sebegitu atas beberapa sebab, semuanya kerana sejarah aku. Memang ya, aku memang tak cakap dengan perempuan kebanyakan. Aku memilih untuk bercakap, sebab aku tak suka bercakap dengan perempuan gedik yang nak makan selipar Bata.

Aku di cop lelaki jual mahal, silakan.

Lagi satu, aku dicop sebegitu sebab tak balas SMS orang yang bertanya khabar. Aku terima, kalau setiap pagi, petang, tengahari ada orang ucap sesuatu yang boleh menambah ikatan. Tapi, aku kadang-kadang berhenti balas SMS atas satu sebab - aku tak nak bayar bil. Maka, aku tak balas. Kadang-kadang, aku rasa bersalah aku telefon orang itu.

Kalau ini masih dikategorikan lelaki jual mahal, silakan.

Aku juga di cop lelaki jual mahal, sebab menolak pelawaan untuk keluar minum. Aku layan aja. Lagi pun orang yang ajak ke suatu tempat ada beberapa sebab. Samada tempat minum itu santai, layan bola, minuman di situ sedap. Aku menolak atas dua alasan - waktu dan lokasi. Aku malas nak keluar mukim, sebab banyak aktiviti aku dirancang kebiasaanya berada di linkungan bandar aku menetap. Terima kasih atas kemajuan yang menyenangkan kehidupan aku sekarang. Lagi satu, janganlah ajak aku pukul 11 malam nak pergi minum teh tarik. Memandu malam-malam ini berbahaya.

Kalau ini masih dikategorikan lelaki jual mahal, silakan.




Lagi satu, aku tahu pembaca blog aku ni rata-rata yang beri komen dikalangan perempuan. Aku dah ulang banyak kali, memang aku malas nak balas komen. Sebab, aku memang malas nak tekan butang Reply Comment.

Kalau ini dikategorikan blogger sombong, aku terima!

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

happycloud berkata...

tak kisah pun tak nak balas -.- HAILAAA

Nadia berkata...

hahahahahaha..sakit pipi ako gelak..~!!!

Tanpa Nama berkata...

Baik ko pergi minum carlsberg laa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...