Isnin, April 25, 2011

Terima kasih untuk deretan guru bahasa Melayu.

Andaikata cikgu bahasa Melayu aku ajar macam bahasa Tamil, mana mahunya aku menulis blog macam hari ini.


Hari ini aku rasa macam nak berhenti menulis blog.
Bukan apa, rasa kepala aku ni penat berfikir benda bukan-bukan.

Ini semua berpunca statistik yang masuk ke blog menyebabkan pendapatan aku terjejas.

Kena jadi blogger tegar baru boleh duit mencecah 4 angka.

Plan aku lepas ini:

1) Belajar pakai shawl dan poskan di Youtube. Lepas itu letak link di blog.
2) Melawat semua restoran dan bawa kamera.
3) Tajuk blog macam sampah - Fasha Sandha buka baju, bertelanjang ke KLCC.
4) Berkawan dengan orang yang lawa sahaja, dan memuat naik gambar bersama mereka.
5) Meletakkan gambar aku memuncungkan mulut dan membesarkan mata.






Tapi aku rasa, kalau aku memiliki blog sedemikian membuatkan aku rasa tak kool. Jari-jemari aku bermain dengan keyboard laptop Toshiba (praktikal untuk dibawa mapley), merencanakan permainan minda lalu ditatapi oleh korang semua adalah lebih baik!

Memandangkan hujung minggu ini cuti, aku mahu memenuhi memori kad kamera aku dengan gambar orang bukan tiang lampu atau elektrik, dan juga kucing jiran sebelah. Ada siapa berminat?

Esok hari kena meredah kesesakan Kay-Ell. Aku memang tak suka duduk berejam dalam kereta lagi-lagi seorang diri.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

han eba berkata...

belajar pakai shawl, AHAHHAHAHAHA

han eba berkata...

eh jap, mcm mana nak buat nuffnang tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...