Tengah sedap-sedap tengahari Sabtu, ada panggilan: "Jom minum kopi sekali?"
Ajak sembang-sembang. Tapi kali ini aku sembang topik kurang biasa, melebihi jangkauan aku sendiri - kehidupan lepas kahwin. Ini semua bermula apabila dalam kumpulan sembang ini ada wanita berusia lebih 30-an, kembali semula menjadi pelajar (sebab tak tahu nak buat apa kat rumah, maka sambung belajar). Topik awalannya, hanya berkisarkan 'kenapa lelaki macam ini, macam itu'.
Aku tak pernah bersembang pasal hal kelelakian kepada wanita lebih dari umur 30-an. Ada beberapa benda terkejut sedikit, bila subjeknya ke-arah itu-itu sikit. Aku cuba bertindak normal. Biasalah, perbualan topik begini menjadi larangan dikalangan masyarakat kita. Kalau nak membincangkan masalah begini, boleh berutus surat dengan doktor pakar di Harian Metro itu, dengan menggunakan samaran - Perempuan Gundah Gulana.
Agak sedikit weird.
Wanita itu bertanya kepada kumpulan sembang ini:
"Boleh ke kalau saya keluarkan simpanan saya sikit, untuk diri saya, ubah diri saya untuk menarik balik minat suami saya?"
(Soalan ini, aku tapis sikit, panjang lagi sebenarnya)
Mahu nak tersembur kopi Caramel Machiatto aku yang super-duper berkrim putar diatasnya.
Aku amat respek wanita Korea ini, cuba buat sesuatu untuk mengembalikan keintiman mereka. Lalu aku berfikir, kenapa perempuan Korea walaupun pada usia 40-an, beranak 2 atau 3 masih lagi slim. Aku katakan berdasarkan tempoh masa aku dikolam renang. Terlalu ramai golongan makcik-makcik, bukan badan 'semangat-semangat'.
Soalan tadi, aku kata...patut KOT (aku rasa memang patut). Tapi benda ini kena ada kerjasama dua-dua pihak kot, suami dan isteri. Isteri je bersenam, lelaki bantai nasi lemak memanjang - tak fair la kan?. Nanti aku mampu jawab soalan itu selepas 15 tahun lagi.
Konsepnya, jaga badan, mampu menjaga suami.
Kalau nak dibandingkan situasi di Malaysia masih jauh lagi. Siapa yang dah kahwin itu, lepas beranak sila jaga badan kasi slim baiknya.
Jaga badan, mampu menjaga suami.
Ilmu rumahtangga ini, aku rasa sukar nak dapat walaupun pergi kursus perkahwinan. Banyak lagi tips boleh dipelajari dari wanita ini. Cuma aku dah nak balik Malaysia, ambil sikit sudah.
PS: Perdebatan sex education masih perlu atau tidak, masih berterusan ke? Atau dipolitikkan?
Kebosanan mencipta kelainan.
5 ulasan:
pak cik-pak cik kat korea gemuk tak? kalau tak gemuk, adil la sama ngan mak cik-mak cik.
kata sehati sejiwa, kurus sama2, gemuk pun sama2.
hmmmm...kalo dah cantek la kan..tp husband tu cari org lain jugak camne..???ako penah dgr jugak kalo nak pikat suami pikat perut die dulu..haaaa tu camne plak...??
lelaki kalau dah gatal cari satu lagi,
jerawat celah telinga isteri pun boleh jadi isu. heh!
ops! emosi. haha
nil: tak gemuk mana...kau gemuk?
nadia: x tau la. aku belum kawen lagi.
niz: haha. jerawat celah telinga tu. betul kot cakap kau.
kalu upgrade diri xpe la. dia nak bwat apa? liposuction? plastic/cosmetic surgery? itu dh kira ubah len mcm je. if upgrade; stakat pi facial n exercise dh cukop. blajar grooming je la.
suami dia kawen dgn dia dulu sebab apa?
tp korean mmg obsess (bukan obes) pasal beauty kan? pompuan ada misai sket xleh. pompuan proportion dahi:idong:dagu x sama xleh. kena perfect la. sbb ada kaitan dgn idop ko yg akan dtg cilaka atau kaya raya/bahagia.
org kita xdela smpai cenggituh rasanya (eventho ada 2 sen yg obsess. tu pon sbb tgk drama korea bnyk sgt ;p). maintain diri dh la. aku agree on lps kawen kena jaga diri. tapi xyahla sampai botox, lipo n duduk bwh pisau manjang. korean xde konsep masuk neraka. kita kalau ubah kejadian tuhan cenggitu, xke last2 kita menggelegak dlm kawah?
msian ada 2 options:
1. wudhuk, solat, doa. usaha, tawakkal.
2. susuk, kang2 & segala jenis setan yg ada, tempatan atau international. option ini bukan option. harom.
apsal aku tulis pnjg ni..? owh. buhsan. kelainan.
Catat Ulasan