Rabu, Februari 02, 2011

Macam mana nak jadi Dr. Cinta / Love?

Aku tak tahu kenapa aku tulis benda ini. Ianya muncul secara tiba-tiba, Masa aku tengah bosan giler, aku menyorok dalam selimut. Tak ada tujuan keluar hari ini, kebanyakan kedai tutup - sempena cuti Lunar Day. Kalau di Malaysia ianya adalah Tahun Baru Cina.

Aku golek-golek dengan pen dan kertas A4 yang telah lusuh dengan tumpahan minuman Milo. Segala yang muncul tentang Dr. Cinta (DC) ni, aku tuliskan pada kertas itu. Aku rasa ini bakal jadi entri yang begitu serius dan ada point yang baik untuk dikongsi.

Lalu, aku keluar dari selimut selepas meng-listkan beberapa perkara yang menyebabkan aku jadi DC- secara tak sengaja. Apa yang keluar dari mulut aku, dipakai nasihat oleh beberapa lelaki/perempuan yang pernah bersembang dengan aku. Secara tak sengaja, ia tepat pada situasi cinta mereka, dan mereka merujuk aku sebagai DC.


Dr. Love


Apa yang aku list-kan, kalau kau lelaki berminat dengan gelaran DC. KALAU. Kalau tak berminat, anggap lah kalau kau baca seterusnya adalah perkara yang membuang masa 40 minit kau, seterusnya.

#1. Pernah merasai cinta...dan sakit.

Kalau kau nak jadi jurutera, maka kau kenalah belajar ilmu-ilmu jurutera, bukan main belah-belah katak. Mengenai profesion DC ini, aku cadangkan jangan mula dengan buku relationship yang melambak di pasaran. Mulakan dengan merasa. Kalau kau dah mulakan, lepas itu kau kena...dumped, itu lebih baik. Kau akan jadi DC yang terbaik. Selepas kau kena dumped, jangan cari terus perempuan lain konon nak rebound. Kau kutuk perempuan yang kau kena dumped itu sepuas hati, lepas itu diam cari apa salah silap.

# 2. Pergi jumpa lelaki-lelaki lain, yang ada pengalaman yang sama.

Memang lelaki rasa, "Aku patut tak kongsi perasaan kecewa ini,". Ini semua berkaitan dengan pride. Nampak lemah kalau kongsi perasaan kecewa dengan lelaki lain. Selepas kau dah kena dumped, carilah manusia yang mampu naikkan semangat kau. Jadikan cerita kau ini sebagai modal untuk belajar ke tahap seterusnya. Jangan lupa, terapkan perasaan benci pada perempuan pada waktu yang sama - "Ah, semua perempuan tak sama."

#3. Pillow Talk.

Give And Take. Macam aku cakap tadi, cerita kau adalah modal untuk kau trade cerita dengan lelaki lain. Kurangkan pride dan ego, cerita saja pasal perasaan kecewa pada no.1 tadi. Semasa pillow talk sesama lelaki, cuba lah korek cerita orang yang mendengar cerita kau tu. Korek sampai ke satu kata-kata, ianya adalah rahsia. Pada waktu yang sama, masih terapkan kebencian kau pada perempuan.

#4. Belajar kurang bercakap, banyak berahsia.

Maksud aku, banyak bercakap banyak lah peluang pecah rahsia. No. 3 tadi, untuk mendapatkan kepercayaan orang bahawa kau adalah lelaki yang mampu kongsi masalah bersama lebih-lebih lagi soal cinta. Masa ini, memang penting - menyimpan rahsia orang lain. Jangan lupa juga, cari-cari masalah berkaitan dengan perempuan.

#5. Situasi 'Let It Go'.

Sebab kau selalu sangat dengar kisah-kisah lelaki dikecewakan, cuba cari persamaan cerita dump kau dan kawan-kawan kau. Dimana, akan dapati hampir sama. Tak lari. Waktu untuk lupakan apa aku cakap pada no 1, 2, 3, 4 - semangat kebencian pada perempuan. Kau patut salahkan diri sendiri, sebab diri sendiri tak tahu sangat pasal vice versa. Masa ini, anggap perasaan kosong-kosong. Bersifat rilek.

#6. Cari keyakinan diri sendiri.

Tak tahu kalau kau ada masalah keyakinan diri nak cakap dengan perempuan, macam "Eh, aku seganlah!". Ini semua tak boleh bergantung pada orang lain - hanya diri sendiri boleh bantu macam mana nak cari keyakinan berhadapan dengan perempuan. Jalan paling cepat, adalah buku. Aku dan rumet aku, selain buku ada cara lain. Aku (berpegang pada buku) dan rumet aku (pengalaman), merumuskan keluar berjumpa perempuan dengan tanpa niat langsung nak tackle ke apa, nak jadikan dia GF ke, nak ajak dia keluar hujung minggu ke. Keluar tanpa niat. Nampak macam bodoh. Tapi, lihat hasilnya nanti.

#7. Perbaiki skil komunikasi.

Kalau lelaki yang baca ini seorang yang serius gila-babeng, aku tak tahu nak buat macam mana. Terapkan jangan jadi orang yang serius (walaupun ada perempuan suka orang yang serius). Kalau pada no.6, keyakinan tahap melampau itu dah ada - sila teruskan perbaiki skil komunikasi dengan perempuan. Kalau tak, bermula dengan rakan sekelas yang tak pernah berbual. Memang agak weird. Anggap stranger adalah orang paling penting waktu ini. Kesimpulannya, jadi jinak-jinak gagak.

#8. Ulang langkah no. 3, dengan lebih kasual.

Bukan pillow talk! Kalau langkah no.7 buat betul-betul, maka dengan mudah perempuan akan kongsi cerita dengan kau. Fahami, perempuan memang banyak cakap. Kau lelaki, jangan banyak cakap sangat dan pandai-pandai nak menolong:

Contoh begini:

Situasi A.
P: Kucing saya mati la.
L: So? Nak saya buat apa?
P: Sedih saya. Tak siapa nak main-main dalam rumah nanti.
L: Ala, carilah kucing lain.

Situasi B.
P: Malam tadi kucing saya mati la.
L: Kesiannya, bila dia mati?
P: Malam semalam. Sunyi tak ada kucing dah.
L: Hurm...dah lama kucing erk kucing tu dengan awak?
P: A'ah dah lama.

Jangan jadi macam situasi A, cold-hearted. Cuba jadi lelaki dalam situasi B. Rumet aku, berkata ini adalah titik penting untuk wujud keselesaan bersembang. Aku pesan, jangan ada perasaan langsung pada perempuan itu! Kata nak jadi DC?

#9. Ubah dari Saya/Awak kepada I/U kepada aku/kau, dan masih teruskan langkah no.3.

Sebab saya/awak dan I/U kadang-kadang bila bab nak kongsi cerita, boleh wujudkan rasa tak selesa, tukar kepada aku/kau. Kalau kau nak teruskan juga, tak kisah. Langkah no.3 perlu wujudkan, untuk mencari masalah, dan berkongsi masalah. Tahap kau dah macam guru kaunseling, bekerja cari masalah. Pada pandangan aku, masalah dari kawan lelaki memang pusing-pusing sama je. Kau cari masalah wujud dikalangan perempuan (aplikasikan langkah no. 7 dan no. 8). Lagi menarik.

Nak senang, baca suratkhabar Metro bahagian pelik-pelik, tak pun petik saja strangers di internet. Sekarang zaman social network.

#10. Bersedia kalau ada sesiapa jatuh cinta pada kau selaku DC.

Perkara 10 ini memang berlaku, kadang-kadang dalam nada bergurau, "U ni layak jadi BF I la,". Jangan terkejut atau buat reaksi muka selebet (andaikata perempuan itu bukan taste kau la). Balas balik dengan gurauan. Dikala ini, wujud juga perempuan suka cari kau bila dia ada masalah. Kau rasa annoying. Bersabar, mereka cuma nak sembang je. Ada juga perempuan asyik bertanya khabar, bila makan, bila balik Malaysia, bila pergi bilik air, bila nak exam. Kadang-kadang annoying, kenapa kena bagi tahu orang lain apa kau buat. Mereka cuma caring pasal kau - selaku DC, atau sudah lihat kau potensi nak jadikan kau suami/BF.





Pembaca aku memang akan terasa related dengan situasi diatas. Mungkin akan lihat aku seorang yang talam muka. Aku anggap ini entri risiko untuk kehidupan sosial aku (dan aku tak kisah pun). Sebenarnya dalam sudut hati aku, benci dengan gelaran DC ini.

Kawan aku anggap, gelaran DC yang melekat pada seseorang adalah curse yang susah nak dibuang.

PS: Bila tangan kotor, kau buat apa? Cuci tangan, beb!

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

kertas kosong berkata...

kenapa lelaki selalu cakap semua perempuan itu sama selepas di kecewakan?? maybe terlalu banyak dikecewakan membenarkan statement cam tuh . betul tak ??

ghost writer berkata...

anyone yang kena dumped akan cakap benda yang sama, men or women, tapi bukan semua ay.
jadi dr.love susah, but it's worth it bila tengok sesebuah relationship tu berjaya.

dr.love, a gift or a curse?
choose.
;)

ROI @ AZRUL berkata...

haha... tu orang cakap, jgn dengar sgt ape org ckp time die tgh emo..sometimes diorg xpkir sgt pown :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...