Selasa, Februari 01, 2011

Garu kepala, bukan kerana gatal.

Patutkah aku mula entri ini dengan salam?
Atau aku teruskan dengan mengisahkan suasana langit - cuaca?

Seperti ini, hujan diluar membutakan tidur aku.

Atau, aku gunakan ayat ini?

Ini, hari Selasa adalah hari kebangkitan.

(......)

Ini adalah entri aku pertama aku tulis pada tahun 2011. Aku tak akan lagi menulis entri panjang, sepanjang-panjangnya. Masa aku menaip entri ini, banyak kali aku menekan-nekan setiap huruf. Satu bulan tanpa menulis suatu yang berfaedah, atau cetusan fikiran aku telah menjengkelkan saraf kepala. Sebab dah lama. Memento aku tulis tahun lepas, bagi aku ianya tak kira pada tahun 2011. Macam filem-lah. Mereka shooting pada tahun sebelumnya, dan ditayangkan pada tahun berikutnya. Adakah kita kenal filem itu berdasarkan tarikh untuk memproduksikan filem itu, atau tarikh ditayangkan?

Sudah tentu, tarikh ditayangkan!
Eh, entah.

Nonsense.

[...selepas beberapa ketika, aku pergi mandi kejap dan membancuh kopi, aku simpan entri ini awalnya sebagai blog draf, tidur kejap, dan bangun. Sebelum aku sambung taip, aku pening kepala. Aku baring-baring. Kopi tadi sudah sejuk.]

Kabur. Aku tak nampak penulisan aku ini mempunyai karektor tersendiri. Ya, mungkin kadang-kadang bagi inspirasi untuk korang yang jadi blogger untuk menulis. Ya, ada juga sebab tertarik dengan isi-isi aku yang boleh mengukir senyuman dipagi hari - sebelum ke kelas, sebelum ke kerja, atau blogwalking.

[Garu kepala lagi, nak tulis apa? Menekan-nekan button delete berkali-kali. Aku taip, ASDF. Aku delete semula, aku mula kan dengan menaip QWERT. Kembali menekan button delete, semula.]

Tempoh sebulan tanpa menulis blog, adalah waktu aku rasa bagus - tanpa menulis. Bila suatu isu itu muncul, contohnya baru-baru ini kisah di Mesir, aku melihat dan mencetuskan pemikiran aku sendiri. Bulan Januari, aku banyak berjumpa orang. Dari berumur 50-an, mempunyai status orang besar, dan 4 tahun umurnya kurang dari aku.

Umur bukan memainkan peranan penting dalam mencorakkan idea pemikiran yang bernas. Seorang lelaki berumur 50-an, ideanya bernas sebab makan garam terlebih banyaknya. Budak remaja 15 tahun, walaupun hingusan boleh membetulkan apa yang aku silap dalam satu perkara. Latar belakang mana wujudnya manusia boleh mempengaruhi gaya berfikir.

Masakan lelaki yang mempunyai 8 adik beradik dan lelaki anak tunggal, boleh berbeza?

Umur aku dalam lingkungan 20-an (korang tahu umur aku kan?). Aku berada di dua zaman yang tipikalnya zaman menganggur. Waktu diantara habis belajar dan zaman kerja. Aku tahu macam mana zaman belajar itu macam mana, dan setiap orang berbeza dari segi apa yang dialami dan bagaimana aku laluinya. Sekarang aku cuba bergerak ke alam pekerjaan.

Nak kata aku risau, ada. Nak kata aku bersedia, mungkin ada sikit. Nak kata, tak kisah. Bajetlah, penting kot nak buat keputusan sekarang, kena lebih telus. Bukan macam zaman belajar, buat salah ada waktu untuk memperbetulkan semula.

Jadi semuanya apa yang cuba buat, bakal tak kena.

Apa aku tulis diatas pun, aku tak ada draf macam karangan UPSR. A ke B, C ke D. Lepas 1 ada 2. Memang mengarut!

Tanniah pada aku, aku dah kembali menulis semula benda-benda mengarut. Aku cuba berazam (tahun 2011) nak menulis sesuatu yang produktif. Dimana korang baca, rasa WOAH atau berfikir begini - A'ah, yerk?.

Hidup ini umpama abjad ABC. Bermula A berakhir dengan Z. Ada kelahiran dan ada kematian.
Bukan nombor, bermula 1 tapi berakhir dengan infiniti. Boleh jadi trillion, zillion dan xxx-lion.

Impian dan kehendak kita, umpama nombor.








Hu-ah.

Dah lama tak guna ayat ini...

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

paradoks. hidup kita paradoks.

. berkata...

aku tak tau mau komen apa
aku tunggu something yang blh bt aku angguk kepala time baca entri ko ja la
atau ko tulis la something macam atas tu
aku tak kisah


P/s; aku nampak papa aku atas ni. haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...