Isnin, Disember 13, 2010

[Tembak Rawak 18] Bertemu dan perpisahan, adat manusia biasa.

Lagu dalam filem P.Ramlee kan? Kan? Kan?
Entah, main sebat je.

Aku 'recycle' gambar-gambar yang aku sudah publish. Sebab aku dah kekontangan idea nak bercakap dalam blog. Baik aku letak gambar-gambar yang memakan ruang dalam HD aku. Aku akan cuba deskripsikan gambar ini, supaya korang senyum dan kata, "Madness!".




DSC_1969003

Curi-curi baca buku Profesor Ishiki dari Jepun yang berusia 80 tahun, tapi masih ligat mengajar Fluid Dynamic. Memang hebat minum alkohol 'power', 50 percent.

DSC_1986003

Rakan yang menemani aku dikala aku tersandar kelaparan (sebab majlis lambat bermula). 2, 3 snap untuk hilangkan lapar.

DSC_1995003

Sosej ayam, bukan 'hot dog' ayam. Ayam campur hot dog jadi apa? Kelihatan rupa yang comel sebelum beberapa episod rentung yang tak terkawal.

DSC_1996003

Permainan budak kecil, milik jiran sebelah rumah Cikgu Justyna. Nak elakkan baju winter berbau asap, aku merayau kat halaman rumah jiran sebelah.

DSC_2017003

Ikhwan @ Emberg. Sekarang ada nama comel: Emby. Salah satu impian beliau adalah menoreh rambut; benda yang selalu aku buat. Pergi Google, theycallmealien.

DSC_2018003

Wak Ghani. Si klan Jawa dari Muar / Muo. Ayam dipegang dia, boleh jadi butter chicken. Nasi basmathi  dibasuh tangan dia leh jadi nasi kuning. Pakar masakan Melayu dan Jawa.

DSC_2021003

Mamat, 'what ur doin'!'. Identiti manusia dari Kedah yang hendak cuba menjadi nigga dari daerah Detroit. Sumpah aku kata, dia memang lucu sepanjang masa.

DSC_2039003

Akhirnya, selepas beberapa episod snap secara rambang dan rawak, aku dibenarkan makan. Walaupun dah beberapa kali edisi curi-curi makan di kawan BBQ.

DSC_2046003

Barry dan Justyna. Bekas vegetarian. Menjadi guru English di sini untuk tempoh yang lama. Aku tak pernah jadi murid dia, tapi selalu je makan kat rumah dia - apa bila dia suruh masak.

DSC_2048003

Profesor Ishiki. Kelihatan Abe sedang menjilat 'punggung'. Ini salah satu cubaan tak nak gagal dalam subjek Fluid, dan malas belajar. Nasib baik, boleh dapat B.


Siri Tembak Rawak aku dah banyak pulak!

PS: Aku hampir ter-delete gambar-gambar sepanjang 2010. OOO!

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

fd berkata...

style gak rambut emberg. aku ingat nak buat cam dia. tapi aku kerinting. boleh ke?

DandelinoiD berkata...

boleh. tak ada masalah.

abe berkata...

aku dapat A+ adib..hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...