Sabtu, Disember 11, 2010

[Tembak Rawak 17] Watak-watak kartun Wonderland.

Walaupun aku memiliki DSLR, belum tentu aku mahir memakainya. Macam kau lihat sesetengah golongan pertengahan masyarakat. Ada set golf Callaway pun, belum tentu tuannya mampu pukul lubang, walaupun ianya pukul putter. Putter wei, senang tu!

Bila ada orang tanya, macam mana nak ambil gambar lawa dengan DSLR?

Aku pun segan nak jawab, sebab aku pun tak pandai mana pun. Sekadar tips-tips aku dapat bila join kumpulan fotografer kental dan lebih berbakat.





DSC_0027003

DSC_0018003

DSC_0028003

DSC_0031003

DSC_0032003


Kekadang orang itu ada bakat, tapi kena perlukan sokongan terus jadi hebat. Ada orang yang tak berbakat langsung, tapi mencuba sedaya upaya.

Orang yang ambil gambar diatas adalah orang pertama dalam deskripsi pada perenggan atas.





Aku ada DSLR pun, belum tentu aku dapat gambar lawa. Banyakkan berlatih dan tunjuk ajar dari rakan-rakan.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

nil berkata...

tq bro!aku baru dpt kad raya kau bg.

cantik gmbr. ke model y cantik?

DandelinoiD berkata...

lambat gile dpt kad raya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...