Isnin, Disember 06, 2010

"Of course, I'll miss them."

Entah keberapa kali aku telah melakukan presentation depan kelas / depan orang / depan lecturer. Semuanya tak satu pun aku cakap dalam bahasa ibunda sendiri. Fikir-fikir balik, risau juga andaikata aku disuruh berucap formal dalam bahasa sendiri - Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu.

Presentation terakhir, lecturer tidak menetapkan tajuk yang khusus. Apa sahaja boleh jadi subjek.

Aku antara 2 orang Malaysia dalam 34 orang dalam kelas. Yang lain, berbangsa Korea.

Secara jujurnya, aku amati mereka memang taksub dengan Steve Jobs, gaya menggunaka keynote dan apabila tajuknya bebas, yang boleh nampak adalah 'lebih kurang idea yang sama'.

Kebanyakan mereka suka bercerita tentang smartphone (dalam tempoh seminggu dua ini, banyak smartphone/ tabphone telah masuk Korea). Juga teknologi lain, AMOLED oleh Samsung. Juga beberapa orang mengkhususkan tentang Ipad (baru je penjualan sulung disini). Pusing-pusing, hampir sama.

Itu membuatkan aku rasa macam tajuk aku pilih, tak sesuai langsung...yang lain tajuk berat-berat, aku hanyalah benda ringkas: pengalaman 5 tahun disini yang bakal membuatkan aku merindui kehidupan disini.

Aku rasa bila je aku habiskan sesi presentation aku, ada sedikit perasaan sebak. Macam aku telah menutup cerita aku disini. Kebetulan kali ini, memang betul-betul presentation yang terakhir selepas beberapa kelas aku kena present macam-macam.

Aku cerita aku bakal rindukan suasana musim sejuk disini, musim bunga disini, musim panas disini. Adakalanya aku selitkan minuman-minuman hebat disini, Banana Uyu, Jus Aloe Vera nya.









Lagi  8 hari je, fasa terakhir menamatkan sesi pembelajaran disini.

Prepare for the worse.

PS: Aku mengarut habis ni. Lepas tidur sekejap, letih sangat. Salam Maal Hijrah.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

han eba berkata...

banana uyu, susu pisang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...