Jumaat, Disember 03, 2010

Fikiran dikala badan basah.



I got soul, but I'm not a soldier.

Tadi, aku dah capai impian aku sebelum hari graduasi. Berenang 100 meter tanpa henti.

Bermula awal bulan September aku mengambil kelas berenang secara formal. Aku tambah kekerapan kepada 2 hari seminggu. Sejak bulan November aku tambahkan kepada 5 kali seminggu dan mungkin berlanjutan hingga bulan Disember.

Bersukan menghilangkan 'stress', aku mula mengerti maksudnya. Dulu aku amat meragui kemampuan untuk hanya berenang 50 meter. Awal-awal, tanpa teknik yang betul 25 meter bagi aku adalah benda yang amat 'menyeksakan' jantung aku. Juga, nafas aku.

Satu hari, aku diberitahu...supaya jangan ada rasa give-up. Satu hari nanti, kau tak akan perasan yang menyusur dalam air umpama baring diatas katil. "Non-sense," aku fikir.

Tadi keajaiban berlaku kat aku.

Dikala aku menyusur berenang, aku tak fikir apa-apa. Fikiran aku kosong. Yang dapat aku lihat adalah garisan biru dibawah. Sesekala memandang siling, untuk mengambil nafas. Blur. Aku dah tak ingat langsung tempo aku. Bagaimana kaki aku mengayuh, bagaimana tangan aku menolak air. Dan bila kepala aku pusing ke tepi.

Semuannya berlaku tanpa sedar, dalam aturan yang tetap; seperti yang aku mahu.

Tahu-tahu je, aku dah 2 kali menyentuh dinding tepi kolam renang.

Aku keluar dari air, aku pandang orang sebelah yang sedang 'struggle' dengan pad latihan renang. Aku adalah seperti orang yang aku lihat, 3 bulan yang lalu, baru nak belajar berenang.

Bila aku ditanya kenapa aku belajar berenang tiba-tiba; aku akan jawab sebab aku takut dengan air dalam.







Salah satu impian aku dah selesai, aku mahu teroka sukan baru yang aku rasa tak mampu: Tennis.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau navy ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...