Ahad, Disember 05, 2010

Aku sakit, sebab aku malas dan malas adalah penyakit. Penyakit malas.

Sebenarnya, aku agak sibuk memandangkan lagi beberapa hari je nak menjawab pelbagai kertas peperiksaan. Kalau aku nak cerita betapa seronoknya baca buku yang penuh gambar rajah litar dalam badan kereta, aku jamin korang pun rasa tak nak baca entri ini sampai habis.

Setiap kali aku buka blog, (aku semakin kerap buka blog ini tengok siapa komen, tapi rasa malas balas komen mereka) aku rasa nak je sumbat pelbagai seleksi lagu yang aku dengar sejak kebelakangan ini. Balik-balik, muzik elektronika dari Daft Punk, sekejap ubah ke karya modern+classic compose oleh Hans Zimmer...dan kembali semula ke One Republic.

Aku adalah contoh blogger yang malas dan selebet.

Banyak giler aku snap gambar, untuk aku muatkan dalam blog. Lepas itu, aku berhenti sebab malas nak cucuk SD card walaupun hanya memerlukan hanya 5 minit. Lagu Youtube untuk bacaan Muzika juga, aku batalkan niat. Semuanya kerja hanya sampai ditengah jalan.





[...aku rasa malas nak sambung menulis blog ini...]

Ah, sekali lagi aku mengecewakan sesiapa yang singgah blog ini.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau malas tapi kau berblog.
oh itu sungguh rare.

a.s.m.a berkata...

kami tak kecewa..kalu kami kecewa dah lama dah kami unfollow blog ni ^^

mimi berkata...

penyakit mlas kian merebak.hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...