Rabu, November 10, 2010

Zaman mekanikal ke elektrikal / elektronik?

Sana nak cepat, sini suruh hold kejap.
Esoknya, sini suruh hold, sana nak cepat.

Aku yang tunggang langgang kehidupannya!

Dari pelajar kejuruteraan mekanikal ke pelajar kejuruteraan elektronik dan elektrikal. Aku ambil sebab aku rasa dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang, kebergantungan produk pengguna manusia akan lebih pada alat elektronik. Seperti kereta, dari enjin konvensional (2 tahun lepas aku ambil tahu) dan sekarang hybrid enjin (gabungan mekanikal dan elektrik sendiri). Jadi akan datang...potensi lebih kepada elektronik dan elektrik.

 Jadi apa aku buat sekarang, adalah cuba mengejar apa yang ada kaitan subjek elektrik/elektronik dengan apa yang aku belajar di tahun akhir. Hasilnya? Payah! Susah! Blur!. Tak semudah ABC. Antara faktor penyebab aku tidak ambil elektrik/elektronik adalah aku tak nampak apa yang berlaku dalam satu sistem. Bukan seperti mesin, buat itu, akan bergerak dan aku nampak kesan dan hasilnya.


Tiada siapa nampak masa depan. Aku pun belajar bukan untuk nak lawakan result pun. Kalau aku fikir macam tu, baik aku tetap je kat subjek mekanikal. Belajar untuk suka-suka. Kedengaran macam aku hebat, tapi tak.

Learn a little, but a lot.

Kita tak boleh kejar semua benda dalam satu masa. Yang dikejar terlepas, yang dikendong berciciran. Akhirnya, akuilah ilmu Allah itu terlalu luas untuk dikejar. Macam pesanan senior aku masa tingkatan 2, "Kenapa dalam Al-Quran suruh manusia belajar sampai mati?"

Jawapannya, untuk mengakui keagungan pencipta.

Pernah kan, ada orang merungut semakin belajar semakin banyak benda tak tahu?

Ada orang kata, fikiran aku yang telah ditaip ke blog sukar untuk diterima akal. Mungkin disebabkan malas hendak berfikir, baca blog untuk seronok-seronok.



Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Freaky berkata...

hehe kalo da minat x pe la. aku x penah minat elektrik / elektronik

DandelinoiD berkata...

ak x minat awal2, tp aku rasa aku kena cuba utk minat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...