Selasa, November 09, 2010

'A picture is worth a thousand words'.

Baru aku faham maksudnya. Maksud aku, dengan lebih mendalam.

Kenapa pelan perlu ada untuk bina rumah?
Kenapa ada banyak gambar rajah dalam buku teks?
Kenapa perlunya peta minda untuk menghafal?
Kenapa dunia kanak-kanak penuh dengan lakaran warna-warni?
Kenapa, kenapa dan kenapa?

Aku akhirnya habiskan koleksi gambar orang: Huge Crawford.

Bila aku tengok satu gambar, ada cerita yang banyak untuk dikaitkan.

Adakah manusia dalam gambar itu gembira?
Adakah manusia di sekeliling gambar itu gembira?
Adakah bapa dan ibu kepada manusia dalam gambar itu redha dengan dia?




Bayangkan, setiap hari aku ditunjukkan hanya ribuan gambar. Bukan tulisan dalam buku Automotive Chassis. Mesti aku dah jadi seperti Chuck, hanya dengan melihat jutaan gambar secara 'flash' pada satu malam sudah jadi manusia yang penuh maklumat.

Hebat kan?
Aku rasa banyak kali sangat tengok filem Matrix ni!

PS: Kalendar ada logo bank merata-rata dan kalendar ada banyak kuda (kalendar kuda lah), mana lagi seronok nak tengok tarikh?

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...