Khamis, November 18, 2010

Blog personal macam aku ni, memang ada unsur emosi.

Aku akui, sudah ketandusan idea untuk melihat fenomena perubahan manusia (padahal aku berubah juga). Sebab itu, ada yang telah mengutarakan komen, 'aku suka cerita blog yang dulu'. Biasalah, bila menulis blog yang tiada skrip/etika penulisan beginilah jadinya.

Kerap merapu, merapu, merapu.

Sebab itu pembaca blog aku sentiasa datang dan pergi.

Aku memang ingin kembali kepada kenapa aku menulis blog. Segalanya disebabkan...CINTA. Cinta antara manusia sesama manusia dan ianya vice-versa. Kebetulan masa itu, aku agak muda (belasan tahun). Misai tak terpotong, rambut pun ikut idola sukan. Baru nak kenal dunia.

Masa baru nak kenal dunia tulah dah kena campak jauh giler. Merentas laut naik kapal terbang MAS. Usia remaja aku kat sini, 5 tahun disini. Walaupun kat sini, sempat-sempat juga melepak dengan mat rempit. Aku lepak dengan mereka 3 hari, atas sebab mereka popular. Ya, lah. Masuk berita, masuk paper.

Berbalik soal CINTA.

Siapa ikut blog aku di Friendster, tahulah sikit-sikit keadaan frust menonggeng bila putus cinta. Aku asyik cerita pasal perempuan je. Perempuan itu macam ginilah. Perempuan macam itulah. Banyak gile bacaan aku pasal nak jadi lelaki yang betul-betul perempuan suka. Siap ada pasang niat, nak awek lawa.

Tapi itu dulu.

Entah macam mana aku tiba-tiba dapat satu desakan mengatakan, aku kena buat apa aku nak ketika umur aku dan pemikiran aku yang awek/perempuan itu akan datang suatu hari nanti. Dalam masa yang sama juga, cuba praktiskan aku telaah ketika zaman frust tonggeng aku. Masih ingat pesanan orang kahwin kat aku;

"Kisah romantik dalam buku, dalam filem memang mengarut semata-mata. Jangan percaya kata-kata penulis tentang buku cinta. Keluar cuba sendiri,".

Aku adalah aku sekarang.

Kadang-kadang apa yang keluar dari mulut aku berbentuk 'flirt'. Tak semua. Pernah juga apa yang keluar dari mulut aku, buat vice versa aku terasa dia adalah satu dalam dunia. Ada juga siap pesan, simpan apa yang hendak cakap suatu yang gramatis untuk alam perkahwinan.

Siapa yang baca blog aku dari DULU-DULU lagi, tahu bagaimana aku berevolusi. Ada yang kearah kebaikan, ada juga kes tak senonoh aku buat (sebab rasa nak cuba, kan?).

Kenapa aku dah tak menulis sebagaimana aku menulis blog pada kemunculan aku?

(...)





Sebab aku rasa, tak best dedahkan semua benda aku tahu pasal lawan jantina aku.

Sebab itu, memang tak akan cuba menulis entri berunsurkan cinta.

PS: Best giler tengok filem Kung-fu, waacha!

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

admin@blogdiloz.com berkata...

Baru nak bercinta atau baru putus cinta, kedua-dua situasi ini akan memberikan satu impak inspirasi yang mendalam kalau betul-betul tenung dalam-dalam dan betul-betul rasa.

Jangan tunggu kosong, sementara menunggu 'perempuan' itu datang, kau boleh isi dengan macam-macam benda sebelum kau jumpa inspirasi itu balik. Waktu itu lihatlah cara kau luahkan pada dunia. Mungkin tak cukup diction kot.
Hehe.

stay inspired. stay fresh.

Nadia berkata...

kita hanya manusia biasa...x mampu nk puaskan hati sume org...tulih jer la ape yg ko mampu...^^V..

sebagai pembaca blog ko...kami ttp baca ape yg ko tulih...hehehe

bab cintan-cintun tu sume org akan rase cume cepat n lambat jer...so tggu jer la...hehehe

All The Best..!!!..^^V..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...