Isnin, November 01, 2010

Bencinya pada hari Isnin, menunjukkan perwatakan kita yang dinamik.

Aku malas menulis sesuatu benda yang serius walaupun aku dikhabarkan mampu. Aku pun tak tahu yang apa telah ditulis membuatkan orang gembira, kadang-kadang memberi inspirasi.

Aku give-up untuk menulis benda yang serius, untuk CETUSAN contohnya. Sebab ianya perlu di-print dikertas maka perlulah sesuatu yang bagus. Aku silap dulu. Aku merasakan suatu rencana yang menarik adalah dari sudut pandangan sendiri.

Analisis sendiri, pemerhatian sendiri, kesimpulan sendiri dan memerlukan pendapat orang sekeliling itu sendiri supaya tidak 'bias' hanya pada satu pandangan.


Aku sekarang selesa mengarang apa aku hendak. Dan kepada yang membenci hari Isnin itu, marilah baca benda ini. Ianya memang penuh inspirasi lepas bangun Subuh, mahu meneruskan hari Isnin: yang dicap hari paling tak 'best', untuk si pekerja, si pelajar.

Baca: Something For Those Who Hate Monday


Mari menyayangi Isnin!

1 ulasan:

nil berkata...

belum tiba masa benci hari isnin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...