Rabu, Oktober 27, 2010

Kali pertama aku naik kapal terbang, adalah kapal terbang Air Asia.

Ehem, banyak sangat iklan Air Asia sejak kebelakangan ini.
Lalu mengingatkan aku tentang pengalaman pertama naik kapal terbang, Air Asia. Masa itu aku naik Air Asia masih lagi bukan kaler merah (seperti sekarang). Tapi kaler hijau.

Sekarang, aku banyak terima respon dari kawan aku yang kerap naik Air Asia (yang dari Pantai Timur tu) cakap layanan Air Asia tak bagus. Pramugari bising kat dek dan tak mesra. Itulah 'harga' untuk penerbangan murah.

Pengalaman pertama aku naik kapal terbang masih lekat adalah, aku memegang tangan seorang wanita.




Sehingga sekarang, tak ada perempuan lagi yang telah aku pegang masa naik dan kapal terbang mendarat. Bukan aku ingin bertindak 'sweet'. Aku suka rancangan 'Air Plane Crashes' yang ditayangkan oleh National Geo. Aku berpendapat, setiap kali naik kapal terbang adalah segalanya.

Air Asia, Everyone can fly!

PS: Perempuan itu adalah nenek saudara aku. Aku takut bunyi enjin kapal terbang, sebab bingit (aku duduk dekat ngan sayap).

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

nil berkata...

ayat x boleh blah:
memegang tgn wanita..

haha. cakap je la nenek saudara. ok la kan, manusia perlukan suspen untuk terus hidup.

- koroe - berkata...

haha..aku tak penah naek besi terbang ni..jakun gile kan.haha.

tam berkata...

sama la kita..aku pun tak penah lagi naik burung besi nihh..

ken berkata...

sometimes AA's service sucks..

Judiene berkata...

dah lame aku tak naik flight
paling best memori aku naik flight masa aku darjah bape ntah, time tu aku dan family bercuti ke Sarawak
rase cam jakun giler!
hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...