Rabu, Oktober 13, 2010

Basikal tua Raleigh di kampung Kundang, Selangor.

Walaupun aku realistik terhadap banyak perkara, tapi perangai ngengada wujud juga dalam jiwa aku. Aku ingin jadi budak kecil sekali lagi, memegang pedang Power Rangers dan pukul rakan sebaya aku yang melakonkan watak raksasa.


Beijing 2010 [33]

Basikal ini masih lagenda, dan aku masih selesa menaikinya.


Selepas moyang aku meninggal, yang ada permainan yang tinggal dalam bangsal dia adalah basikal tua. Masa dia hidup, aku selalu gatal tangan nak pegang lastik yang dia buat dari kayu yang keras. Tak pasti apakah dia. Getahnya dibuat dari tiub basikal. Ya, lastik.

Ya, kecilnya aku membesar dikampung. Aku mula mendapatkan pendidikan formal di kampung. Aku belajar ABC bukan di tadika swasta seperti kebanyakan adik beradik aku. Sarapan aku bukannya biskut atau Milo. Paling gembira, tempe goreng sebanyak 3 biji dan dicicah sos cili. Klasik.

Habis sekolah, aku akan dibawa menaiki motor oleh atuk aku. Aku akan duduk dibakul motor. Pakaian aku biasanya seluar pendek khaki dan singlet putih. Aku akan dibawa ke sekolah rendah Tanjung Sepat, ini kesemua menunggu pakcik aku pulang dari sekolah. Kawasan paling redup adalah pohon kelapa sawit depan pintu sekolah.

Petangnya, mengaji di rumah nenek ibu (adalah adik kepada nenek aku). Aku selalu akan jadi orang last, sebab malas mengaji dan satu selalu skip ikut nenek aku pergi masjid. Aku pergi masjid bukannya buat apa. Berlari dan tidur, masjid ada kipas kilang yang besar.

Kalau tak, petang aku gi naik basikal, ikut atuk aku bakar sampah, tengok atuk aku petik biji kopi tak pun tengok nenek aku anyam kuih (kalau tak ke surau).

Banyak jalan selok-belok di kampung Kundang aku tahu. Kebanyakan jalan itu sudah diturap dengan tar (semuanya berlaku ketika pilihanraya). Dulu, aku balik kampung seorang diri tak payah mak ayah aku hantar walaupun umur aku 9 tahun. Ada sedara singgah datang rumah, aku akan minta mak aku suruh sedara aku tumpangkan sampai simpang jalan, lepas itu aku menapak ke rumah atuk aku.

Orang kampung itu tak tahu siapa nama aku.
Sebab budaya kampung itu, akan tanya kau anak siapa, cucu siapa.

Biasanya kalau aku ke kedai Lamin atau kedai Syarikat (entah ada lagi ke tak), kalau ada orang tanya aku anak siapa atau cucu siapa:

"Anak tirah, cucu Sujak,"












Itu semua memori aku berumur 6 tahun, duduk di kampung main pasir. Bukan robot Power Rangers. Kenapa aku ungkitkan cerita ini? Aku telefon atuk aku, aku rasa dia sudah lupa sikit-sikit pasal aku. Suaranya lain macam.

Umur 23 dan 6 tahun. Matematikalnya, jauh. Hampir ke dua dekad.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

nil berkata...

makin byk seseorg bdk explore, makin cerdik bdk tu.

nenek kau anyam kuih. kuih ap?

DandelinoiD berkata...

kuih cakar ayam? seingat aku macam di-anyam.

- koroe - berkata...

klassik sungguh..
sungguh retro..
like..
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...