Sabtu, September 04, 2010

Sistem kewangan tersekat oleh bahasa, malah lipas tidak mati.

Tadaa!

Tajuk diatas tiada kaitan sebenarnya. Sekadar hendak mempopularkan kehidupan lipas.


Beijing 2010 [22]

Apa akan berlaku bila kurang tidur? Kadar genius kau berkurang.


Bila aku fikirkan kehidupan aku satu tahun yang lebih, rupanya aku telah jadi manusia yang sibuknya lebih belaka. Dari Isnin ke Jumaat, aku ada kelas, kelas, kelas. Aku baru tersedar hari ini, bila aku menemankan orang yang sudah bertunang (baru sahaja sebulan lebih). Rupanya, aku amat tinggal dalam beberapa aspek: Sistem kewangan.

Minat aku terhadap saham amatlah tinggi, sebab bapa aku sendiri pernah uruskan saham dari segi penyediaan dokumen dan berita ekonomi yang terpaksa aku tengok bila aku duduk dengan orang tua aku (sebab selepas slot ekonomi, ada slot sukan yang merupakan kegemaran aku). Nak tak nak, aku ambil tahu, cuma tidak serius.

5 tahun sebagai pelajar, aku bongkarkan sedikit sistem pengurusan kewangan aku. Sebenarnya, aku tanam duit disalah satu sistem perbankkan di Malaysia. Ianya aku yakin pada usia aku ketika 18 tahun, sistem itu merupakan risiko rendah dan lumayan. Cuma tak boleh jadi kaya, tapi amat membantu 10 tahun akan datang. Ini aku belajar dari mak aku sendiri.

Ketika awal aku sampai di sini, pada ketika rumah aku dekat dengan bank dan acapkali juga aku kemaskini data buku bank aku. Dan aku berhenti buat begitu sejak tahun 2 pembelajaran. Pernah aku juga bertanya tentang sistem saham disini.

Ianya amat tinggi, tapi sumbernya belum pasti.

Jadi aku batalkan niat itu.







Hari ini aku duduk di kaunter bank selama sejam!
Ini disebabkan masalah kad debit aku serta nombor akaun yang clash dengan nombor passport. Dalam tempoh itu, (dia tawarkan air, tapi aku cakap tak nak alasan puasa) aku buka pelbagai pamplet mengenai tawaran mengandakan duit simpanan dan produk-produk kewangan mereka.

Perkara menarik disini, bank-bank konvensional di Korea sudah mengambil pendekatan sistem perbankan Islam. Ianya terlambat bagi aku, tapi adalah pembaharuan disini. Selepas 5 tahun, yang aku perasan la.

Masalah kad debit dan kad 'shopping' aku sudah selesai. Yang baiknya, dia lanjutkan tempoh kad aku sehingga tahun 2013, berbeza dengan sebelum ini: setiap 2 tahun kena kemaskini kad baru. Mungkin kekerapan aku berbelanja menggunakan kad debit, disebabkan sikap aku yang tidak suka memegang tunai yang banyak ditangan.

Sila faham, kad debit. Kad debit adalah berbeza dengan kad kredit.

Notis untuk kamu...

Aku amat membenci kad kredit.
Tapi aku akan cuba memiliki satu sebagai sumber kecemasan.

Tadi, aku juga perasan satu tabiat kewangan aku belajar dari pakcik aku.





Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Nadia berkata...

ako rase kagum ngan sistem kewangan ko...

p/s : kad kredit mampu membuatkan org bankrap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...