Jumaat, September 03, 2010

Cosmo TV: Kalau boleh jangan tonton pasal Louis Vitton.

Aku bukannya kaki peminat sutera atau brooch atau barang aksesori wanita: beg tangan, shawl, gincu atau apa-apa pun. Cuma aku tahu serba sedikit mengenai keperluan itu. Owh, ini bukannya sebab aku membaca majalah Cosmopolitan.

Sejak World Cup, aku selalu tengok Cosmo-politan TV sementara menunggu perlawanan seterusnya. Aku rasa itu rancangan yang OK berbanding rancangan Korea yang lain (kes gaduh laki bini, kes masalah sosial, kes campurtangan negara luar terhadap hubungan Utara-Selatan). Ia juga rancangan yang aku faham, sebab dalam bahasa kedua aku.

Tapi, sebenarnya aku tak faham juga kenapa beg Louis Vitton begitu mahal sedangkan design yer bukanlah funky dan nampak seperti golongan wanita sudah berumur bila memakainya.


Beijing 2010 [20]

Pemandangan dalam kilang membuat sutera di Beijing.



Kalau ada rancangan TV3, aku sanggup alihkan ke TV3 yang menawarkan cerita hantu yang merepek, seperti hantu budak-budak atau toyol yang memakai kain lampin warna putih (diapers) dan badan dicat kaler hijau ala-ala Incredible Hulk.

Ok, sekian sahaja untuk Cosmo TV.

Aku juga pelik kenapa cerita Sex & The City mempunyai peminat yang tinggi. Padahal ceritanya adalah begitu un-realistik. Kerja jadi bos di firma design yang besar, cuti di Hawaii, jumpa kawan, buat hubungan intim dengan lelaki muda yang berotot dan lelaki yang begitu charming akan muncul bila part sedih.

Aku pun tak tahu kenapa aku layankan saja diri aku menonton filem Sex & The City nombor 1 dan 2. Dah la makan lebih 2 jam setiap satu.

PS: Jangan tonton Cosmo TV bila bosan.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Amar Alis berkata...

cerita hollywood suka melencong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...