Rabu, September 29, 2010

Kenapa lelaki dan perempuan main bola kena asing-asing?

Aku layan je sesiapa main bola, lelaki ke perempuan.
Sukan rakyat, kalau masuk istilah Kementerian Belia dan Sukan.

Tanniah kepada skuad bola sepak wanita Korea bawah (berapa entah), kerana menang di peringkat final. Aku layan je diorang main bola, sebab banyak gol. Gol banyak, main lawa: itu memang berbaloi untuk ditonton. Perempuan main bola, ada gak epison drama yer.

Macam dalam cerita 90210, main surfboard pun nak gaduh!!!


Beijing 2010 [37]



Banyak je pelawaan main bola malam-malam, aku layankan aje. Tak benda nak buat, nak belajar pun tak guna sebab semua cikgu yang aku ambil efektif nak belajar sungguh kena tunggu minit-minit terakhir.

Tengah syok main sesama rakan senegara, adalah seorang lelaki dan perempuan nak join sekali main. Aku rasa orang German (ich lebe dich punya orang kot). Tapi bila cakap ada bunyi Russian, lantak lah main.

Kalau lelaki sama lelaki main bola, bagi bola tinggi lepas tu tahan guna dada, lepas tu plak bola turun kat kaki dan sepak ke arah gol...dan gol. Punyalah lawa moment tu. Tapi ada satu peristiwa aku nak gelak, tapi aku tahankan sampai habis permainan.

Lawan sebelah aku bagi bola lambung...
Minah tu tahan guna dada.
Ok.

Tapi bola tu tak melekat dan selepas pantul di dada perempuan itu, bola itu lambung sekali lagi (dengan kuat) dan terkena tangan. Aku betul-betul berada di depan itu, sebab aku jaga posisi dia la. Aku pandang tempat lain, lepas tu mengeluh seolah-olah silap aku membenarkan bola itu terlepas ke dia dan tidak memintas bola itu. Aku tutup muka, nak bagi lakonan lebih lagi.

Permainan tamat lepas 30 minit.














Lepas mandi, member aku tanya:

"Minah tu tak pakai bra ke apa? Lain macam goyangnya,"
"Erm...entah. Pakai kot..."
"Aku rasa tak pakai la,"
"Haa...time sukan tak selesa pakai kot," gaya aku cakap macam aku pernah jadi perempuan je.
"Sport bra ada lah oi!" kawan aku tak puas hati dengan kenyataan aku.

Aku teringat peristiwa tadi, bola terpantul tu.

"Tak pakai kot!" aku dah buat kesimpulan.

Aku rasa perbualan berlaku dalam 10 minit, tajuknya adalah "adakah perempuan yang main bola sekali itu pakai ke tak?". 10 minit paling membazir dalam kehidupan yang singkat.

Sebab itu, bila dah sampai waktunya anak lelaki dan perempuan kena tidur berasingan.

Begitu juga...dengan sukan.

Setuju?

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Nadia berkata...

hahahaha..sengal giler~!!!..

kes bola melantun itu mmg mampu melalaikan pemain2 yg lain...terutama lelaki la..hahahaha....

pape pon ako STUJU..~!!!hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...