Khamis, September 16, 2010

Cerita 1 Syawal, bukan macam karangan ringkas budak sekolah.

Sumpah, aku merindui bagaimana aku melalui pagi 1 Syawal yang tipikal tapi bermakna. Rendang dipagi hari, aktiviti salam-bersalaman, duit raya (walaupun ini budaya) dan lain-lain.

Jumaat, 1 Syawal hari itu kami dapat ajakan supaya masak rendang di Busan. Rendang pun masak ada perencah sikit, bukan 100 percent guna rempah sendiri yakni kadar bilangan bawang besar, kecil serai, kerisik (aku pun dah lupa) kena pandai-pandai adun. Payah!

(Cerita rendang itu jadi ke tak, belakang cerita)

Kami tak naik bas ke Busan, tapi naik keretapi. Yang bagusnya naik keretapi ni, keluar dari stesen dan jalan 400 meter akan ada pantai yang paling sibuk ketika musim panas. Sebabkan lapar (pagi raya kami tak melantak rendang, ketupat atau yang berat-berat), kami pergi restoran makanan laju. Burger, air oren dan kentang goreng sambil lihat orang lalu ditepi pantai.

Selepas makan, lepak tepi pantai. Tengok manusia. Ini adalah kawasan cuci mata, bagi aku. Sebab setiap kali aku pergi memang itu yang aku akan nampak: bikini, bikini, bikini. Tapi hari ini, tak penuh. Walaupun dah berbelas kali rasanya aku ke sini, tak pernah aku mandi laut!

Mula-mula aku duduk tengok kawan aku yang dah berendam dalam air. Aku letak beg, keluarkan kamera dan main-main pasir. Adalah aku jejakkan kaki ke air. Bila aku jejak kaki dalam air, aku rasa aku patut masuk, sebab air dia suam tak sejuk seperti yang aku selalu rasa.

Aku capai beg aku, keluarkan seluar pendek. Pergi tandas, keluar je tak berbaju. Sebab aku ada berapa helai baju je. Takkan aku nak mandi pakai baju melayu. Menggila kau!







Itulah bagaimana aku menghabiskan petang 1 Syawal. Air laut.
Aku tak tahu korang nak cakap ini cerita sedih ke apa. Aku OK dan rasakan ini akan jadi kenangan manis untuk aku.

Untuk pengetahuan, aku tak menangis dalam air laut pun.

PS: Sebab lain aku mandi laut, nak praktis latihan berenang aku.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Nadia berkata...

hmmm sempoi la raye ko tahun nie...~!!^^V....bkn sume org leh wat camtu time raye...

war berkata...

yup betul nadia. tp ad org time ptg raya boleh main ping pong. ok apa. memancing pun ad. lebih krg la tu.

slmt hari raya dan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...