Selasa, September 07, 2010

Bagusnya bila taufan segan nak lalu.

Aku rasa profesor aku yang selalu marah-marah budak dah masuk atau menghadapi krisis masuk alam berumur (mid-life crisis). Sejak kebelakangan ini, dah malas nak marah-marah bila ada budak buat hal. Cakapnya pun banyak tak gah seperti dulu.

Beijing 2010 [23]

Aku masih ingat hari jadi aku yang ke dua puluh.



Dari tengahari tadi sampai pukul 3, kerja aku main Texas Hold'em Poker. Ni bukan main kat meja betul atau duit betul-betul. Main kat internet. Aku selalu main sorang-sorang. Selepas aku ajar budak Mongolia main, dia plak kerapkali ajak aku main sama-sama.

Duduk meja maya bersama-sama, kaut untung sama-sama. Kalau masuk kasino betul-betul boleh kena tangkap tak tahu lak. Main sampai aku untung 300%, dia untung 500%. Ok lah tu. Hari ini memang sejuk, lepas tu lalai dengan poker. Sampai ada brader tu tegur, "Boleh tak korang berhenti main?" Kami berhenti sebab mamat Mongolia tu, setiap kali dapat Flush je, bising macam nak rak.

Cuma bising dia tak adalah sampai aku nak bakar dia macam Altantuya. Rilek-rilek sudah.



Memang seronok juga duduk negara ada taufan rupanya.
Hari yang bagus untuk melepak, sebab benda sepatutnya kena buat terbatas.

Lagu yang selalu aku putar adalah carta Billboard bulan lapan dan carta Melon (Korea ye) bulan lapan minggu kedua. Aku rasa muak, lalu aku cari radio Malaysia.


Cis, memang terasa nak raya.
Sayu pun ada, lagi-lagi hujan turun dikala taufan.
Memang gila dengar suara P.Ramlee dan M.Nasir.

PS: Mood raya terkacau, bila profesor aku cucut perut aku dan tanya, "Tak lapar ke?". Memang dia ada mid-life crisis.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

iyliaH berkata...

adib!tanx for ur kad raya!luv it!
by d way,i ade update blog about kad itu!tanx sgtttttttttttt!!

http://iyliasyafiqah.blogspot.com

iyliaH berkata...

nak email x?bg la email!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...