Khamis, September 23, 2010

Aku mungkin amat berseni dalam berkarang, tapi bukan dalam bercinta.

Akhirnya, aku telah menjadi realistik terhadap apa saja termasuk dalam soal pemilihan jodoh dan jenis ikan tuna untuk digoreng.

Owh ye, bila aku akan berkata tentang 'vice versa', pandangan aku akan dikritik, dipuji malah dipersendakan. Sebab itu adalah pandangan. Aku banyak lihat tulisan blogger lain.

Setakat ini, aku mampu asingkan himpunan bacaan blog aku setiap hari (aku membaca apa yang masuk ke dalam Google Reader, yang mampu diakses di iPod, di Busan, di Seoul, di Daegu dan dimana-mana):

#1. Golongan duit, semuanya duit.

Duit amat penting sekali. Mungkin fikiran aku sudah diracuni oleh Freemason, tolak tepi semua itu. Aku tetap akan ikuti perkembangan kumpulan ini. Sudah pasti, entri yang dikarang aku akan baca tapi sekadar baca, skrol ke bawah dan simpulkan. Biasanya, aku akan bosan dengan entri mereka. Cuma aku mahu lihat kesungguhan mereka mencari duit. Lantaklah dia nak iklan barangan apa, makanan apa atau apa-apa. Tajuk entri mereka lebih kepada 'pengiklanan'. Contoh, produk Nestle suruh blogger ini mempopularkan 'Maggi KARI LETUP!'. Tajuk entri mungkin akan jadi begini, "Mak saudara makan Maggi malam raya sampai rasa nak MELETUP!".

#2. New idea, realist, idealist dan extremist.

Ini aku akan baca dengan penuh teliti sekali. Dulu aku rajin baca artikel Rencana di Utusan Malaysia, tapi aku rasa kurang sesuatu: sudut pandangan manusia yang membaca. Wartawan menulis ada tatacara atau ikatan undang-undang. Lebih-lebih lagi kalau bekerja dengan syarikat akhbar yang ada kepentingan, maka kebebasan akan dapat dilihat - tersekat. Mereka akan karangkan sesuatu setiap hari, tapi tak setiap hari adalah bermutu. Lagipun mereka bukan profesional dalam penulisan. Mereka adalah orang biasa: ayah kepada anak, pembonceng motorsikal, budak sekolah, anak yatim, pelajar kejuruteraan, kaki bangku dan tidak aktif bersukan.

Mereka ada idea, cuma saluran yang sedia ada amatlah sempit.






Aku mengarang sekarang bukan sebab aku ingin jadi orang dalam golongan yang aku ciptakan: satu atau dua. Sebab aku mengarang kerana aku bosan dan sedang menunggu Bebe beraksi di Carling Cup. Disamping itu jua, aku tak boleh tidur.

Kalau aku berdisplin dalam penulisan, mungkin aku akan jadi hebat. Tapi hebatnya aku adalah fantasi, bukan realiti.

Akhir kata, aku telah cuba untuk bertindak lebih realistik dalam percintaan. Aku bukan Romeo, yang menyintai Juliet. Aku bukan Edward Cullen yang boleh berlari laju bersama Bella Swan. Aku juga bukan watak hero Hindustan golek-golek dikaki bukit menari dengan heroin, dibelasah puluhan lelaki tapi tak pengsan.

Nama aku Mohd Adib Bin Mohd Yazid.
Aku seorang bujang, dan amat meminati belacan.
Aku dah jumpa cinta aku, tapi aku belum pastikan ianya adalah realiti.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

- koroe - berkata...

tahniah..moge bahagia ngan cinta hati kamu..hahaha

iyliaH berkata...

pheeewit!adib dah jumpe cinta!
tp kan.ape yg aku nak share,cinta x selalu nye b'akhir dgn perkahwinan. sumties,faktor2 penghalang bukan dri sang teruna mahupun si dara..tetapi faktor laen spt keluarga!fuuHH!

Nadia berkata...

clap..clap..~!!!tahniah!!!!...all the best ngan chenta kamu..^^V...hehehe

Unknown berkata...

'Nama aku Mohd Adib Bin Mohd Yazid.
Aku seorang bujang, dan amat meminati belacan.
Aku dah jumpa cinta aku, tapi aku belum pastikan ianya adalah realiti.'

okeeyyy, part yg bagi tauu pasal suka makan belacan tu macam tak ada motif. But I like! HAHAAHA :DD

*kelakar kelakar*

Linlin berkata...

sama mcm nabilahidayah.
part belacan pun letak.hohoi dan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...