Jumaat, Ogos 13, 2010

Membaiki penghawa dingin (air-cond) di kala 2 Ramadhan.

Aku balik semalam (selepas menyiapkan suku dari kerja tesis aku), masuk-masuk aku letak kaki. Kaki aku basah. Aku pergi buka lampu mana tau aku silap masuk laut ke tidak. Tengok-tengok lantai banjir. Ada tisu yang diletak atas lantai.

Ada suara dari katil atas...
"We got a big problem! Water was coming from air-cond...I thinked,"
"OK, we deal it later,"

Gila kau, aku berlagak cool lagi. Bilik dah banjir ni. Aku mandi, solat kejap tengok air-cond. Aku dengan nada lemahnya, "Tak pe lah, esok aku setelkan,"

Tengahari itu, aku terkejut. Dapat panggilan dari profesor aku. Dia suruh aku buat presentation esok dan segala persiapan perlu bermula dari sekarang. Aku bangun tengok air diatas lantai. Erm. Petang itu aku balik, nak buka. Rumet aku pesan sesuatu, "I think you should informed this, A.S.A.P,". Aku pun malas nak cari pak-guard pada waktu sekarang, nak buka. Aku bagi-lah alasan yang kata aku akan bagitahu esok.

Langkah penyelesaian pertama, aku ambil seluar Hawaii buruk aku, lap segala air. Mop lantai dan letakkan kain buruk berhampiran dengan air-cond (posisi air-cond diatas lantai, ok). Dengan harapan bolehlah tahan sampai esok.

Lepas buka, aku terus pergi lab dan sambung kerja aku. Bila aku balik...PERGH! Memang kelihatan menarik bilik aku, lantai bersinar-sinar. Boleh nampak muka sendiri. Baru nak niat solat terawih, aku tangguhkan kejap.

Aku buka baju, buka seluar dan segala aksesori. Aku hanya pakai boxer dari SPAO (SPAO adalah syarikat baju yang menaja Super Junior dan Girl Generation) dan aku pandang air-cond, lama-lama. Pandang dulu, lepas itu mata aku meliar. Tekan itu, tekan ini. Lepas itu cucuk satu butang.

"KEEPPPPPANGGGG!"
Penutup air-cond jenama Hyundai sudah terbuka.
Tangan aku meramas paip-paip yang bersambung dengan air-cond. Ada saluran air, melimpah-limpah. Aku cuit-cuit air itu, "Sejuk gile!". Aku buat rumusan mengatakan aku perlu keluarkan air ini, sebab ketika ini aku tak jumpa saluran air itu keluar. Otak aku mencadang supaya aku guna straw, sedut air itu sikit dan salurkan ke bekas air.

Aku belajar dari TV Sains, dan aku jumpa bekas air terbaik ketika itu adalah kotak susu semalam.
Gila budak mekanikal tahun akhir.

Memandangkan aku tak sanggup nak rasa air air-cond itu (mana tahu ada refrigerant liquid yang sudah diketahui umum bahaya), jadi aku lihat saluran paip air. Aku adjust beberapa nut skru, asingkan paip air dan aku jumpa apa masalahnya.

Kedudukan paip yang lintang pukang, menyebabkan saluran tersumbat. Apatah lagi di musim panas, penggunaan air-cond yang banyak menyebabkan kejadian ini senang berlaku. Itu adalah hipotesis aku.








Serius aku amat gembira dengan kejayaan aku membaiki air-cond. Tadi Em-berg sebut pasal 3 Idiots (sila Google), aku rasa aku adalah 'IDIOT' yang keempat. Rumet aku pun kagum dengan aku yang dapat selesaikan masalah ini.

Aku tengok jam, pukul 12.
"Terawih, terawih...air-cond punya pasal dow!"

Owh ye.
Aku masih lagi memakai boxer sahaja ketika menaip entri ini, kaki aku masih basah lencun. Aku amat eksited dengan peristiwa dikala Ramadhan: Sebuah Air-Cond yang rosak!

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

Nadia berkata...

bg ako ko mmg jjangggg~!!!!

mataikan berkata...

hahhaa..
ko mmg giler la weyh...
tahniah...
ak suka senior gila!!! hoyeah...XD

shiitake berkata...

kewl.

sempat tarawih x?

Tanpa Nama berkata...

Amiable fill someone in on and this mail helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...