Ahad, Ogos 29, 2010

[02] Ini rekod peribadi, bukan rekod dunia.

Perjalanan ke Beijing dari Qinhuangdao ada rumitnya.

Bayangkan tiket free seat, ingat macam tiket keretapi dari Ulsan ke pantai Haeundae (sudah kerap kali melawat ke situ, kerana bikini barangkali). Rupanya, dugaan hebat. Berdiri di antara tandas dan tong sampah. Itu sahaja ruang yang ada. Belum lagi ditambah dengan penumpang yang bawa tanaman gandum, stok mee segera berkotak-kotak.

Semeter dari ruang aku berdiri adalah kawasan merokok, padahal dimana-mana bahagian gerabak keretapi boleh merokok. Itu yang hebat untuk dicerita kepada perokok.


Beijing 2010 [03]

Beijing 2010 [04]



Pernah tak dengar definisi perokok sosial?
Orang yang merokok kerana ingin memulakan perbualan.

Disini lah konsep itu terjadi, aku tak kenal nama dia. Tak tahu apa langsung makna bahasa yang dia cakap. Mungkin hembusan rokok yang jadi penghubung.

Siapa lihat video sebelum ini, ada satu objek kami namakan SAHABAT. Objek itu adalah kerusi pemberian pakcik tua itu. Dia bersungguh hendak berkomunikasi dengan kami, cuma apa yang kami tahu adalah "Eee, err, sie, se se," dan berapa ayat yang tidak membantu langsung.

Kami ingatkan perjalan kami 3 jam.

Pakcik itu menunjukkan pusingan dia jam emas dia sebanyak 2 kali.
Maksudnya, lagi 2 jam baru kami akan sampai di Beijing.

PS: Jangan hisap rokok China, entah hapa-hapa rasa dia. Taubat aku tak nak hisap rokok lagi!

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...