Jumaat, Julai 16, 2010

Permulaan menulis 100 sebab "Kenapa saya cintakan kamu?"

Aku jumpa buku tulisan tangan pada post-it.

Mulanya tak hairan dengan lambakan buku di tong sampah, apatah lagi selepas habis satu semester. Akan berlambak buku-buku: Kejuruteraan, Seni, Sejarah dan lain-lain.

Pada lambakan buku tersebut, ada satu menarik perhatian aku.

Love Story A Woman Writes To A Man
One Hundred Reasons Why I Love You
[Version Two]

Kiranya buku ini dikarang dan dicatatkan oleh seorang perempuan. Bila sudah ada 100 sebab "Kenapa saya cintakan kamu?", buku ini akan dibagi pada lelaki yang dia suka. Belum tentu lelaki itu suka atau tidak, bukan?

Aku simpulkan buku ini berakhir di tong sampah kitar semula.
Maksudnya...?

Aku selak buku ini satu persatu. Agak pening sikit, sebab tulisan Korea yang serabut dan bukan seperti dalam bahasa Korea rasmi. Bahasa pasar. Agak seronok baca, sebab buku ini adalah diari, dan diari penuh kejujuran.








Aku rasa nak kongsi 100 sebab itu.
Tapi, ikut mood aku sampai keberapa aku nak translate-kan dan taip.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...