Khamis, Julai 15, 2010

Bahagian TAK BEST, bila memakai Macbook Pro.

Jun 2009, tarikh Micheal Jackson membuatkan alam sejagat memutarkan kembali lagu Thriller. Itu tarikh aku wakil Apple Store hantar Macbook sampai depan bilik.

Aku sudah list-kan beberapa perkara patut masuk dalam pertimbangan kalau hendak memakai Macintosh (setelah fed-up dengan Window).



Mac & Micheal

Masih belum sepenuhnya memakai Mac.

#1. Software yang berkaitan dengan Macintosh.
AutoCAD masih ura-ura nak menyediakan software itu dalam platform Mac. Sekarang aku banyak pakai CATIA V5, jadi masih bergantung sepenuhnya pada PC. Ada cara nak pakai jua, tapi banyak ambil ruang dalam cakera keras (BootCamp). Siapa nak sedekahkan 32 GB untuk Window dan menyebabkan virus masuk dalam sistem cakera keras?

#2. Hard-disk yang betul-betul compatible.
Tak semua hard-disk dapat digunapakai dengan baik. Jadi kena buat selidik sikit mana yang sesuai dan tidak. Ini disebabkan 2 sistem yang berbeza. Lagi satu, penggunaan hard-disk di Macintosh menyebabkan muncul satu fail 'ghost'. Fail itu tak wujud dalam Macintosh, dan menyebabkan hard-disk penuh tapi tiada fail. Puncanya adalah file-system oleh Spotlight (macam Search dalam Window). Untuk buang fail ini, terpaksa memerlukan PC yang boleh nampak segala hidden file.

#3. Short-keys.
Aku dulu tahu CTRL-C, CTRL-V dan 2, 3 lagi short-key dalam Window. Sekarang dalam kepala aku dah berpuluh key aku hafal secara tak sengaja. Boleh saja guna keyboard, tapi ambil masa yang banyak (berbanding Window). Lagi satu, penggunaan Trackpad (mouse yang guna sistem haba) walaupun bagus, tapi aku rasa masih tak best; terlalu sensitif. Jadi, kalau hendak menjadi lebih kool bila memakai Macintosh, sila hafal short-keys. Sudah setahun aku tak pakai mouse di komputer sendiri, puncanya ini.

#4. Un-installing.
Nak install suatu Application (dikenali Add/Remove Program dalam Window) amatlah mudah. Budak sekolah pun boleh tahu, main drag-drag je dan dikira 'installing program'. Masalahnya, apabila nak remove. Boleh saja remove dengan drag ke tong sampah, tapi sub-sub fail akan menjadi sampah dalam Macintosh. Cara selesaikan masalah ini, sila muat turun AppZapper.

#5. LED Light-Sensor.
LED skrin agak sensitif dengan cahaya persekitaran. Mulanya agak kagum, komputer sendiri leh kawal berapa cahaya diperlukan di LED skrin. Masalahnya, sensor adalah sensor. Bertindak sesuka hati. Ke aku je yang ada masalah dengan benda itu?

#6. Tukar bahasa.
Nak guna Macintosh dalam Japanese? Korean? Chinese? Semudah ABC. Macam mana ubah bahasa dalam iPod, macam itulah caranya. Setiap hari aku guna Hangul (tulisan Korea) dan English. Tiada satu pun single key. Diri sendiri kena buat short-key tersebut. Agak serabut bila nak buat kerja yang terpaksa wujud dalam 2 bahasa.

#7. Laman web sekolah-sekolah disini.
Ni aku salahkan orang Korea yang sangat obses dengan Internet Explorer. Mungkin sebab mudah di-coding (kot?), laman web sekolah menggunakan IE. Hanya IE! Siapa pengguna Macintosh nak install IE dalam Mac? Malware, spyware, third-party install program. Setiap kali nak daftar kena cari PC.

#8. Codec system dan converter.
Ada beberapa sahaja pemain video yang bagus. Aku masih berminat GOM Player, tapi belum ada dalam versi Mac. Begitu juga dengan converter. Tak banyak yang bagus percuma. 






Ini hasil perbincangan aku dengan roomate baru yang berasal dari Bangladesh. Mamat ini bijak menggila, superb. Idea dia dalam politik agak sarkastik. Dia salah satu Apple-Fan-Boy. Bercita-cita nak melawat Amerika atas sebab nak beli Macbook Pro.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...