Isnin, Jun 21, 2010

Kata-kata yang BUKAN untuk hari bapa.

Aku telefon bapa aku, dan cuba untuk bertanya tentang perasaan dia tentang sesuatu.

Ini yang dia pesan:


Abah boleh tarik atau paksa kambing masuk dalam sungai,
tapi belum tentu abah boleh paksa kambing itu minum air sungai.


Aku tak faham. Lalu aku bertanya, "Apa maksudnya?":


Abah boleh cari duit, bagi duit belanja, belikan baju sekolah kau,
Hantar kau ke sekolah yang kau nak, marahkan kau suruh pergi sekolah.
Belum tentu abah boleh paksa kau jadi pelajar yang rajin.
Kau nak jadi bodoh atau pandai, itu hak kau.
Abah hanya menolong.



Antara banyak benda yang lelaki akan menyesal bila sudah mempunyai anak adalah tidak menikmati masa-masa bersama ayah mereka. Aku juga begitu, tiada masa untuk duduk sebelah bersama. Hanya telefon untuk bertanya.

Aku bukan telefon pada hari bapa (hari ini?).

Sebab setiap hari, jauh dalam lubuk hari aku, aku masih berbangga dengan bapa aku yang mampu menyara persekolahan aku untuk aku jadi seperti hari ini.




Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...