Khamis, Jun 17, 2010

Cakap tak serupa bikin (CTSB).

Kalau aku pesan, jangan cuba buat orang sakit hati, tapi aku buat juga; itu adalah contoh terbaik untuk 'orang yang cakap tak serupa bikin'.

Orang yang cakap tak serupa bikin tu mungkin boleh terdiri daripada:
(1) Seorang pemimpin negara.
(2) Seorang ketua keluarga.
(3) Seorang general angkatan perang.
(4) Seorang yang baik, tapi melakukan kesilapan yang tidak disengaja.

Mereka sedar tak sedar, sudah masuk dalam golongan orang yang 'cakap tak serupa bikin'.

Kalau orang CTSB adalah daripada guru kau?
Dan dia buat salah satu perkara yang menjengkelkan, minggu lepas cakap lain, hari ini cakap lain.

Tak akan aku tunjuk isyarat jari tengah ke muka dia?
Tak berkatlah ilmu kau dapat, kawan oi!

Sebab tak tahan sangat, aku sepak pokok dengan kasut sneakers.
Cuba berfikiran positif, mungkin aku yang salah dalam hal ini.
Kata-kata terakhir dia, "Malam ini sokong Korea dengan hati yang ikhlas,"

Lagi menambah semangat aku nak menyokong Argentina.

PS: Korang tak risau ke kalau aku tiba-tiba emosional?

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Nadia berkata...

CTSB...mmg x bagus...tp kekadang sume org termasuk gak dlm golongan nie...tanpa disedari..~!!!

Argentina...~!!!chaiyok2..~!!..smbil nyanyi don't cry for me Argentinaaaaaa.....hehehe besh gak tu......

Ries Lee berkata...

aku ttp sokong team asia.

DandelinoiD berkata...

haha...ries lee~

kamu kena datang sini, dan merasai perasaan seperti aku: perasaan supaya Korea tidak lepas peringkat seterusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...