Ahad, Jun 20, 2010

Beza orang gila dan blogger.

Crazy people talked too much, but no one try to listen.






Mereka adalah subjek untuk dibahankan bila dihari kemudian.
Mungkin aku, yang sibuk bercerita apa saja dijumpai setiap hari (itukah kehidupan blogger?).

Aku jumpa lecturer, mereka masuk blog.
Aku dapat panggilan telefon, perbualan mereka masuk blog.
Aku dalam situasi 50-50, aku bualkan pendapat aku.

Konklusi, aku banyak cakap (melalui perkataan). Jadi aku boleh dilabel jadi...gila?





Tadi dalam perjalanan pulang dari kelas, aku jumpa tahi kucing. Warna tahi itu coklat kehitaman. Mungkin tahi itu adalah kimchi yang diproses oleh ginjal kucing betina beranak 4. Aku hampir terpijak tahi itu.

Nasib baik, warna tahi itu coklat kehitaman.
Kalau coklat penuh, mungkin aku terpijak.

Aku gila, kan?
Aku harap tidak.
Sebab ada orang tengah baca perenggan ini sampai habis.

Itu beza orang gila dan blogger.
Aku tulis, akan dibaca, dan diberi komen kalau mahu.

Kesian orang gila.
Mereka berkata tentang rumput itu hijau.
Tapi, orang tetap cakap mereka gila.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...