Sabtu, Mei 22, 2010

Sunyi dan senyap, hadir bersama.

Hari ini adalah hari cuti umum. Kebanyakan manusia tak ada yang nak lalu lalang kat koridor. Tak ada pemain-pemain ping-pong di gymnasium bawah. Jalan ke pintu universiti, tiada pula perempuan yang berpeha besar memakai skirt pendek.

Hari ini sunyi dan senyap.

Hari-hari biasa, ada 17 orang Malaysia termasuk aku.
Seorang sudah pindah ke Haeundae.
6 orang pergi berbarbeque di Haeundae.
7 orang pergi berbarbeque (tambah rafting) di Seoul.
1 orang menatap komputer seharian.
1 orang pergi merayau.

Aku buat kerja sehingga siap, semata-mata untuk besok. Dan siap.
Lepas itu, aku pergi main tali skipping. Letih, aku tidur.
Aku bangun. Rasa nak makan croissant dan fresh cream.
Menapaklah dikala senja ke pasar besar.

Aku habiskan South Park season 11.
Aku cari beg aku, alat tulis yang hilang dari semalam.
Dah jumpa, tapi tak boleh ambil sebab bilik Ayie kunci.
Aku tengok jam, "Mak ai, baru pukul 10 malam,"

Aku pergi bilik TV, tengok Gladiator.
Sampai mamat Russel Crowe bunuh maharaja Rom.
Aku telefon bapak aku.
Selalunya dia buka cerita pasal kerja, kereta, motorsikal atau ekonomi.
Hari ini soalan dia maut.

"Kau duduk sana tak ada makwe ke?"














Aku tak jawab, aku tanya, "Ha, carikan lah!"
Bapak aku balas, "Pandai-pandailah cari!"

Aku diam. Sunyi dan senyap, memang sentiasa hadir bersama.
Nak ubah topik, bapak aku tanya soalan lain.

"Nak beli kereta? Kau bayar deposit, nanti pandai-pandailah macam mana nanti,"


Siapa suruh tanya aku ada awek ke tak. Kan dah...

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...