Sabtu, Mei 22, 2010

Kelajuan V ketika kapal terbang berlepas.

Aku baca benda alah ini, setelah melihat KimuTaku dalam Good Luck.

Kelajuan V.

Aku pernah pergi Langkawi. Masa aku pergi tempat itu tak menarik lagi, dan ketika itu aku masih belum bersunat lagi, kot. Cuma bila aku tengok gambar album simpanan bapak aku, "Owh, aku ke ni duduk sebelah buaya?". Itu adalah gambar keluarga pergi ke Taman Buaya.

Aku dipelawa oleh nenek saudara aku, "Jom pergi Langkawi!".

Aku masa itu dah sunat. Dan tahu tolak pelawaan gadis yang mahu aku dijadikan pakwe dia. Tapi aku tak menolak ajakan ke Langkawi, atas sebab kali ini aku akan menaiki kapal terbang. Dan itulah kali pertama aku menaiki kapal terbang.

Cerita kali pertama naik kapal terbang...



Bila duduk je. Rasa biasa. Macam naik kereta. Cuma besar, banyak tempat duduk. Masa itu naik domestik je, di Subang Airport. Syarikat penerbangan ketika itu adalah AirAsia, masih berwarna hijau. Bukan warna merah macam sekarang. Lepas itu, aku dengan pengumuman:

Bla, bla, bla...

Nenek saudara aku pegang tangan aku dengan erat. Aku tak tahu apa yang berlaku. Tiba-tiba bunyi bising (bunyi enjin bersedia nak berlepas). Memang bising gila. Gila-menggila. Lepas itu, badan kau jadi laju, laju, laju, laju.

Badan kau senget ke belakang. Tangan yang menggegami aku semakin erat. Lepas itu aku dibisikkan, "Baca Bismillah banyak-banyak,". Aku baca Bismillah banyak kali, sehingga aku rasa kapal terbang dah tak condong. Nenek saudara aku tanya, "Takut tak?". Aku jawab tertanya-tanya dalam hati, "Apa yang takutnya?". Memang bongkak aku.

Atuk saudara aku khabarkan kat pramugari, "Budak ini first time naik kapal terbang,". Kakitangan pesawat ketika itu, bagi aku kacang dengan banyak sekali, dan kalendar Air Asia siap dengan pen.











Kenapa aku cerita pasal ini?

Nenek saudara aku buat majlis perkahwinan anak dia (juga merangkap pakcik aku). Aku rasa terkilan tak dapat pergi.

Kau kata, kalau aku jadi suami, aku adalah suami yang baik sebab ingat benda-benda kecil begini.


Agak-agaklah.
Aku banyak makan kepala ikan bilis.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

AJ berkata...

first time dengar pasal kelajuan v..teringat kali first time naik kapal terbang..teruja...

P/s : Jika ada kelapangan dan keluangan masa, minta tolong vote untuk
saya...mudah saya...register ruumz, log in dan tekan like..Ini link nya:

http://projectalphagroup.ruumz.com/Videos/View.aspx?id=86944

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...