Khamis, Mei 06, 2010

Berfikir diluar kotak (Think out of the box).

Sebenarnya ayat ini biasa je. Galakan supaya jangan berfikir yang tipikal, lain dari orang yang lain. Atau berfikir secara luar biasa.

Sebab hasil luarbiasa dilakukan oleh orang yang luar biasa.

Aku kerap kali dengar dalam ayat ini dalam BTN. Agak tepatlah juga sebab masa itu, Pak Lah tiba-tiba sebut ayat ini. Habis dijadikan modal oleh fasilitator kepada orang macam aku.

Modul aku paling ingat dan aku tak akan lupa:




Fasilitator tu letak kerusi kayu kat tengah-tengah antara 20 orang (termasuk aku). Dia bagi soalan, "Apa yang kau terbayang tentang kerusi ini?"

Jawapan orang pertama: Kerusi ini amat selesa.
Kedua: Kerusi ini mempunyai 4 kaki.
Ketiga: Kos membuat kerusi ini mungkin murah.
Keempat: Kerusi ini kelihatan stabil.
Kelima, keenam, ketujuh...agak-agak sendirilah apa jawapannya.

Kesemua jawapan tidak dapat memenuhi apa yang dikehendaki fasilitator.

Jawapan dia:

Pemimpin-pemimpin kita berebut kerusi, untuk menjadi pemimpin negara. Selepas itu, (kerusi ini dikaitkan dengan parlimen pula). Kerusi ini juga diduduki oleh pemimpin negara ketika hendak mendapatkan kemerdekaan negara. Pada tahun 1946...







(Huh! Jauh pemikiran!)

Sebenarnya fikiran kita ada batasnya terhadap profesion yang sedang dilakukan. Ketika aku di BTN, kebanyakan peserta adalah dari pelajar kejuruteraan dan jawapan diberi berdasarkan fizikal suatu bahan dan kaitan dengan pengeluaran (nilai produk).

Berfikir diluar kotak boleh dilakukan apabila keluar dari kelompok yang sedia ada.

Masuk kandang rimau, mengaum. Masuk kandang kambing mengembek. Baru boleh tahu yang kambing suka berjanggut dan harimau sukakan daging.

Bukan begitukah?

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Zazachan berkata...

betul2..mase pergi kursus BTN kne fikir luar dari bidang kita..bukan tu je, masa dapat tau kena pergi kursus pun tak tahu yang sebenarnya kena pergi kursus BTN..huhu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...