Pernah tak berfikir begini:
Benda apa yang perlu dibawa bila hendak keluar rumah?
Masa aku 10 tahun:
Duit syiling cukup-cukup nak makan cendol, kunci rumah (itupun kalau tak ada orang di rumah), duit kertas RM 10 (duit kecemasan, ini memang aku amalkan dari dulu), ada 2 Digimon.
Masa aku 15 tahun:
Ada dompet, ada kad pengenalan, ada kunci loker (sebab duduk asrama), kitab surah pilihan (masa itu aku belajar sukatan Al-Azhar, banyak kena hafal surah), kat matriks sekolah.
Masa aku umur 18 tahun:
Ada dompet, ada kad pengenalan, ada kad bank, ada negatif filem gambar aku, ada kunci rumah, ada kunci kereta (bukan setiap hari), ada telefon bimbit, ada SIM kad.
Sekarang:
Dompet, kad debit, kad pengangkutan awam, kad diskaun Coffee Bean, iPod, telefon bimbit, pen-drive 8 gig.
Andaikata kau memiliki PSP, Nintendo DS, kamera DSLR, iPod Touch, MP3, apa-apa smartphone atau telefon bimbit, dan diberi pilihan: Satu sahaja.
Mana satu kau nak bawak?
Sebab itu aku jual iPod Touch.
Alasan aku tak 'best' kan?
PS: Benda-benda yang sebut berdasarkan memori aku dari 13 tahun lepas.
Kebosanan mencipta kelainan.
3 ulasan:
bila sudah ada kereta sendiri seperti sekarang, aku punya impian mahu pakai handphone yang cikai tapi mahu bawa DSLR.
sebab aku suka ronda-ronda dan bila jumpa gambar yang menarik, aku snap saja! hahaha!
bro, bila mahu pulang ke tanah air?
nak kirim giant poster tae yeon dalam 4 5 keping. ini serius.
:)
bulan 2 thn depan...
time tu roger la....
dulu-dulu digimon tuh ibarat anak jak kan.ahhahaha
Catat Ulasan