Isnin, April 05, 2010

Segan sampai rasa nak selubung dalam selimut.

Jari-jari aku dah tak bermain dengan tali-tali yang ada 6. Sudah memulangkan kepada tuannya. Rasa nak beli gitar sendiri pula. Aku batatlkan niat sebab lagi 2 minggu nak masuk fasa kegilaan lampau.


Petang Ahad adalah hari paling indah (hari ini). Cuaca suram-suram mendung, ada angin menderu laju. Memang kombinasi yang tepat untuk menonton sesuatu tanpa gangguan. Ada suara dari katil atas...

"Baby, baby, baby...Ooo..."
"Baby, baby, baby...Noo..."

Aku tanya lagu siapa, kawan aku jawab Justin Bieber.

Lihat rakan-rakan aktif dalam FB sibuk perkatakan kecomelan mamat ini yang masih bawah umur. Lepas itu aku gelak, dan kata "Syi-la-ke, kau layan muka jambu!"




Malam itu, aku hidupkan mood shuffle di iTunes. Tangan pula rancak menekan punat-punat di kalkulator Casio 570. Secara tak sengaja...

"Baby, baby, baby...Ooo..."
"Baby, baby, baby...Noo..."










Aku segan secara tiba-tiba. Aku jerit, "Argh!!!!! Pehal lagu ni ada dalam playlist aku!!!"
Aku sorok dalam selimut sambil menyumpah-nyumpah...

"Baby, baby, baby...Ooo!!!"



Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

jijie berkata...

hahaha... (ketawa 3 harkaat)

mesti da hafal lagu tu.
lagu fav time pergi kerja tu...hoho

kersani berkata...

erk, apa ni bro??

tak macho beb layan budak umur belas belas nih!

hahaha, mana true dandelinoid ni???

:P

DandelinoiD berkata...

kersani: ini yang buat aku segan ni...adeyh, aku dah delete dah lagu tuh!

jijie: part baby baby ooh je la...

su-pa-ma-ket berkata...

gei2..
angkat a gitar weih.lh buat show kat rmh ak~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...