Ahad, April 25, 2010

Sambungan kerja gila malam Jumaat...

Rasanya, ini bukan sambungan. Tapi lebih kepada kesan. Hari itu aku kata aku pergi main bola pada tengah malam, dikala kesejukan dan gelap. Tak sedar esoknya adalah hari Jumaat.


Aku ketuk bilik Abang dan Zhaf. Tak ada orang. Barangkali sudah pergi.

Jadi aku kenalah bertolak menaiki bas seorang diri. Hari ini aku tak mahu pergi seorang diri sebenarnya. Bukan alasan aku akan diculik oleh mana-mana pakcik, makcik mahupun geng-geng kongsi gelap. Aku takut tertidur dalam keretapi bawah tanah. Kalau tidur maksudnya aku bakal terlepas solat Jumaat.

Tapi itu yang berlaku...


Disebabkan semalam penat sangat, baru sahaja naik keretapi dah tidur.

Bangun-bangun je dah nak dekat dengan pusat bandar Busan. Jam sudah pukul 1:30 petang.







Lain kali jangan buat kerja gila malam Jumaat. Silap-silap solat Jumaat '4 rakaat'.

PS: Kehidupan hari Jumaat lepas adalah begitu bersinar berbanding hari sebelumnya. Kenapanya?

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

zach berkata...

haha. moral of the story: nak buat keje gila, jangan malam jumaat. malam lain takpe. LOL.

Tanpa Nama berkata...

da berapa lama belajar di korea?
bidang apa?
seronok?

DandelinoiD berkata...

4 thn lebey...
mechi
seronok kot.

Tanpa Nama berkata...

wow. lama jugak tu.
mechi??
what's that??

Tanpa Nama berkata...

mechanical engineering...mechi u short form jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...