Isnin, April 12, 2010

Kalau nak contohi CEO terbaik, tengok Steve Job.


Steve Bill 1984

Steve Job ketika muda.



Aku sekarang banyak bersembang mengenai pasaran atau perniagaan kan?

Jadi kenapa aku ambil kejuruteraan?


Learn a little but a lot.


Tahu itu sikit, tapi banyak tahu banyak benda. Sekarang seorang jurutera tak boleh tumpu pada satu bidang je. Macam aku, budak mekanikal kena masuk sikit bahagian elektrik, sedikit kimia. Itu yang diterapkan oleh seorang profesor Jepun yang hari itu buat syarahan tentang bidang baru yang patut dieksplorasikan.


Aku buka sedikit buku perakaunan, tentang asas debit dan kredit. Rupanya sistem kredit boleh kawal sebuah negara, keadaan semasa. Korea adalah mangsa sistem kredit yang telah diaplikasikan oleh Bank Dunia. Tapi Korea boleh keluar dari sistem itu. Risikonya, wujud warga tanpa rumah (homeless) serta kasta orang miskin dan orang kaya.

Rupanya, hebat betul sistem kredit!

itu sebab kenapa Islam menggalakan umatnya menghindari hutang.



Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...