Isnin, Mac 08, 2010

Malaysia bukan negara aman?

Sumber: MalaysiaKini


Walaupun lihat video Tourism Malaysia, negara kita aman. Tapi tidak bagi aku.


Aku rasa lebih selamat disini. Kerap juga keluar ketika pukul 3 pagi. Ditahan polis untuk ujian mabuk ke tidak. Walaupun aku hanya menonton wayang larut malam, yang selesa untuk ketawa berdekah-dekah pada lawak yang orang Korea yang tidak faham.


Aku duduk tepi jalan untuk tunggu kawan aku keluar dari klinik ambil ubat. Baru 5 minit aku baca majalah Utopia, ada mamat Kelate cekup tangan aku nak bawa aku pergi balai polis. Sebab dia rasa aku curi side mirror skuter dia yang jauhnya 5 meter.

Itulah kejadian yang menyebabkan aku tak nak duduk kat parkir kereta untuk tempoh lama-lama, walaupun 5 minit. Tak pasal-pasal ada orang nak cekup aku.




Muka aku memang muka penjenayah ke?

Demit. Aku memang bengang mamat Kelate tu.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...