Selasa, Februari 16, 2010

Idea seorang Bos untuk aku.

Sajang-nim ni nama untuk CEO.

Selalu orang Korea tanya aku duduk mana:
Aku jawab dengan umum: Saya duduk Malaysia.

Lepas tu mereka bertanya semula: Malaysia tu besar.
Aku jawab: Klang, Selangor.

...dan mereka malas nak tahu dimana Klang.

Untuk tidak menampakkan mereka ini memang tak tahu, aku akan jawab macam begini.

Saya duduk Malaysia. Rumah berhampiran dengan Kuala Lumpur. Kalau naik kereta sejam.

...dan mereka akan cakap semula dengan nada yang macam tahu.

"OWH, Kuala Lumpur! Yang ada 2 bangunan lebih kurang sama tinggi tu erk!"



Aku aplikasikan ini juga bila Sajang-nim a.k.a bos aku tanya, tapi bos aku lebih arif area Selangor. Bila aku cakap dekat Klang, dia tahu. Dia boleh detailkan lagi kawasan Andalas yang ada hospital besar tepi jalan. Dan area Pendamar yang banyak rumah tengah dibina. Rupanya, bos aku kerap ulang-alik Malaysia. Patutlah.

Bos aku juga dapat jumpa cara orang Malaysia dan orang dia bekerja. Dia memperincikan orang dia kerja tak ingat dunia. Misalnya kalau kata masuk kerja pukul 8 dan makan tengahari adalah pukul 12. Dalam tempoh itu, orang dia akan bekerja tak ingat dunia sehingga waktu makan. Itu cara orang Korea!

Dan dia jumpa satu benda tentang pekerja Malaysia.
Orang Malaysia suka berehat.

Bos aku kata, masuk kerja pukul 9. Bila pukul 10:30, rehat kejap pekena teh tarik sepam dua.
Makan tengahari pukul 12 sampai pukul 1. Kerja semula sampai pukul 4:30. Rehat lagi, layan roti canai sepam dua padahal lagi sejam setengah dah boleh keluar kerja.

Bos aku mendapati, orang Malaysia kerja tak ada stress langsung. Sebab banyak waktu rehat. Masalahnya adalah produktiviti syarikat. Bos aku bawa budaya ini ke kilangnya dan ubah sedikit.

Minum pagi dan minum petang diperkenalkan tapi hanya tempoh 10 min ke 15 min, bukan seperti orang Malaysia sehingga setengah jam. Berlaku pembaziran disitu.


Hasil budaya yang bos aku perkenalkan, pekerja dia tak banyak merungut bila buat kerja mahupun apabila tempahan banyak.





Siapa kata budaya minum pagi dan petang ada keburukan, buruk, buruk dan keburukan?

Ada orang bangsa lain melihat itu adalah cara terbaik.

Apa-apa, kita perlu mencipta kelainan. Kelainan dapat dilihat bila melihat benda lain dan berfikir.



Seperti selalu...

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Abu Abdullah berkata...

naise

ainonymous berkata...

aku bekerja dgn org Korea berkenaan dgn nuclear di Malaysia.. bile diorg dtg sini, diorg pon confuse tgk kite asyik makan je..tp kitorg x byk rehat, cume byk hidangan hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...