Khamis, Februari 18, 2010

Bermain dengan Anjing putih

Pada hari terakhir aku dikilang.


Aku memang tak pernah memegang anjing pun. Kecik-kecik aku dah disettingkan jangan menghampiri anjing. Memanglah nanti kena samak. Anjing tu kecil pun aku nak lari jauh-jauh gak.

Cuma sebab dah hampir 4 tahun kat sini, dengan komuniti yang memang menggemari membela anjing. Tak adalah asyik nak berlari dari anjing. Kalau anjing tu lalu hampir 3 inci pun, aku boleh cool sekarang.

Tak macam dulu, berlari gelabah-mengelak.


Ada brader kilang ini, memang berminat betul tentang anjing. Dia mahir dalam menjinakkan anjing: dari kecil-kecilnya anjing sehingga tahap besar macam serigala. Aku dah cakap kat dia kenapa aku tak boleh pegang anjing, tapi dia sudah membelikan sarung tangan yang panjang supaya aku tidak terkena apa-apa yang berkenaan anjing.

Demit.




Sebenarnya senang je nak jinakkan anjing.

#1. Mula-mula dekatkan diri dengan anjing itu.
#2. Jangan buat muka bengis. Hati kena tenang, jangan gelabah.
#3. Statik. Jangan gerak. Kalau boleh semakin menghampiri agar dia dapat bau badan kita.
#4. Bila anjing itu nampak selesa dengan kehadiran kita, letak tangan atas kepala anjing.
#5. Usap-usap macam usap kepala kucing.
#6. Usap sambil tekankan tangan ke bawah, sehingga anjing itu baring.
#7. Usap bawah leher anjing lak.
#8. Kalau anjing itu respon dengan cuba menghampiri kau.


Kau berjaya jinakkan anjing yang kecil!

Bolehlah cakap "Anja! (duduk)", "Twei-o! (lari)".

Kalau untuk kes anjing besar lak, cara 1 sehingga 3 boleh dipraktikkan. Kalau anjing besar bagi respon menyalak, tenang!. Cari makanan anjing, masa hulur makanan cuba usap kepala macam dalam cara ke 4, 5 dan 6.

Sumpah aku cakap, jinakkan anjing lagi senang dari jinakkan kambing!

PS: Payah nak cari tanah nak samak dalam cuaca sejuk menggila, KALAU.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Judiene berkata...

aku dah lama teringin nak pegang anjing, coz some of them looks cute
ahahaha
tp walaubagaimana pun, aku takkan pegang kot
malas nak samak menyamak neh
byk koje plak
sarung tangan dia beli tu panjang mane weyh??

DandelinoiD berkata...

ada jual kat kedai hardware...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...