Ahad, Februari 14, 2010

Entri ini tiada kaitan dengan V-Day pun.

...dan entri ini juga tiada kaitan samada aku sedang/masih/sudah-buang seluar dalam aku (dan kepada wanita yang memakai panties). Itu kerja gila namanya.

OK.

Aku banyak habiskan masa dalam kiub 4X7 meter. Aku baru sahaja menghabiskan salah satu syarat graduasi iaitu melakukan praktikal selama sebulan, dan ianya sudah habis. Aku juga berasa gembira apabila diterima masuk ke salah satu bilik penyelidikan dibawah profesor yang gatal dan work-addicted. Aku masuk bawah dia, sebab idea dia gila.

Dalam tempoh seminggu ini:

#1. Aku belajar bermain gitar menggunakan not-not muzik yang berekor-ekor. Rupanya memang payah nak mampus.
#2. Sudah separuh skor muzik Romanza berjaya dipetik menggunakan gitar En. F.
#3. Mula berjinak-jinak dengan skor muzik Etude.
#4. Mendengar 100 buah lagu klasikal yang telah dimainkan komposer yang terkenal; Beethoven, Mozart dan Bach.
#5. Belajar subjek budak master yang hampir memecahkan kepala. Ada ke patut!
#6. Membaca karangan orang tentang selok-belok strategi perniagaan dari pempresesan hingga pemasaran.
#7. Mencari perbezaan antara syarikat di Barat dan Timur terutama Jepun.
#8. Melalui Wikipedia, membaca sejarah perniagaan ketika lewat tahun 1980-an hingga 1930.
#9. Menjual buku-buku teks. Amat jengkel bila pembelinya menangguhkan pengambilan. Semak.
#10. Menyahut cabaran rakan sebilik, turun ke padang ketika salji turun.
#11. Menonton semula Snow Queen, berhenti sampai episod 12.
#12. Menonton semula Buzzer Beat, berhenti sampai episod 7 ketika Yamashita mengucapkan "Happy Birthday"
#13. Banyak menghabiskan masa menonton TV. Rancangan seperti filem-filem tetak kepala orang serta filem-filem aksi larut malam (contoh: Transformer)
#14. Melawat Wazwan di depan Busan Universiti.
#15. Sesi dialog bersama lelaki Rusia yang tidak mahu balik ke negara asal atas sebab kos hidup melampau di Moscow.
#16. Mula bermain game baru: Happy Island.
#17. Membalas komen-komen pengkomen tetap di blog. Sumpah, aku sayang korang semua.
#18. Cuba untuk menonton Nur Kasih...tapi niat dibatalkan atas nasihat orang.
#19. Mencari bola kepunyaan Abang (namanya memang Abang), bola yang ada tandatangan Christiano Ronaldo. Tak jumpa.
#20. Facebook setiap malam.

Aku menikmati cuti, kan? Banyak masa aku habiskan dengan hibernasi.

Kadang-kadang aku pergi makan seorang diri, pergi mana-mana seorang diri.

Aku ajak orang, "Jom....(isi tempat kosong)"

Jawapan kawan-kawan aku, "...ada hal, kau pergi dulu..."



Ada hal, maksudnya kau kena faham. Jangan ganggu mereka. Aku tidak kata aku tidak suka mereka. Jangan kata aku benci orang ada kapel, tak. Aku tidak maksudkan begitu.

Kita je kena ubah diri fahami orang lain. Tak susah bukan?



Aku dah cakap memang tak ada kaitan langsung dengan V-Day pun.
Ya, memang betul. Aku cuba menikmati hidup 'single' dengan sepenuh hati.
Aku masih gembira dengan keadaan sediakala, cuma sekali sekala ada perasaan cemburu. Biasalah, manusia tak bersyukur dengan apa yang ada.

Salah seorang kawan aku yang kata "Ada hal" menyatakan cemburunya melihat hidup aku yang tiada komitmen sepenuhnya pada jantina berlawanan.

PS: Salji turun, dan V-Day...coklat mencanak-canak murah.


Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Judiene berkata...

sape yg nasihat jgn tgk nur kasih tuh?
apedaa
aku nasihat ko, better tgk
kot2 bleh menginsafkan ko
hehehehe~~

ainonymous berkata...

single is simple,double is trouble..trisome??kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...